Negara Rusia mempunyai sembilan zon waktu dan merupakan antara negara yang terbesar di dunia. Rusia pernah dikuasai dengan Soviet Union, sebuah negara komunis.

Memiliki populasi yang besar dan merupakan negara yang maju dari segi pendidikan, industri, ekonomi dan juga dari segi kedatangan pelancong.

Jika ke Rusia, anda pasti tidak akan ketinggalan untuk melawat ke Red Square Moscow. Lapangan merah ini merupakan lokasi yang menjadi tarikan utama pelancong yang berkunjung ke Moscow, Rusia.

Deenamik ingin membawa anda menyelusuri keindahan Red Square Moscow ini dan juga beberapa lokasi yang menjadi tarikan palancong.

St. Basil’s Cathedral

Kubah yang terbentuk berwarna-warni adalah simbol negara di seluruh dunia. Turut dikenali sebagai Cathedral of Vasily the Blessed, gereja ini telah dibina sejak tahun 1561.

St. Basil , mendapat jolokan “Kilometer Zero” Rusia kerana menyambungkan ke semua jalan utama ke Moscow bermula dengan pintu keluar ke Red Square.

BACA JUGA :   Sambung Belajar Dalam Bidang Perubatan Di Universitas Sumatera Utara, Indonesia.

The Kremlin

Di sini, pelancong dapat mengunjungi Senate Square, Armoury Chamber dan juga Dormition Cathedral. Senate Square adalah tempat tinggal kepada Presiden Rusia iaitu Vladimir Putin.

Makam Lenin

Terdapat mayat Lenin yang diawetkan dan berada di sebuah makan di bawah dinding di Kremlin di Red Square. Namun untuk anda melihat sendiri mayat tersebut adalah mustahil kerana ianya dikawal dengan sangat ketat.

GUM Shopping Center

Dibina pada tahun 1893, dan pusat beli belah ini sangat sesuai dikunjungi ketika musim sejuk kerana ianya mengeluarkan haba yang selesa ketika cuaca di luar sejuk.

Monumen Minin-Pozharsky 

Bangunan ini adalah simbolik penghormatan kepada kedua-dua putera Rusia yang mengakhiri “Time of Trouble” pada pertengahan abad ke-16. Ianya adalah peristiwa dimana Poland-Lithuania menduduki Rusia.

Selain dari destinasi percutian yang indah, Rusia juga maju dari segi pendidikan. Terdapat pelbagai universiti yang bertaraf dunia yang terdapat di Rusia. Antaranya adalah Kursk State Medical University, Rusia National Research Medical University dan banyak lagi. ,

BACA JUGA :   Pengajian Bidang Penerbangan Awam di Rusia

Jika anda mahu melanjutkan pengajian ke bidang yang lebih tinggi di luar negara terutama di Rusia, mendaftarlah segera bersama Daulah Educonsult.

Kemasukan seterusnya adalah pada tahun 2020 iaitu pada bulan September.

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here