Negara Jepun terkenal dengan sistem pengangkutannya yang terhebat di mata dunia. Stesen keretapi Shinjuku terletak di kota terbesar di dunia, Tokyo. Tokyo mempunyai populasi rakyat seramai hampir 36 juta orang. Tambahan, stesen keretapi ini adalah yang tersibuk di dunia.
Stesen Keretapi Shinjuku
Stesen ini mengendalikan hampir 3.64 juta penumpang setiap hari dari lima laluan yang berbeza. Stesen ini mempunyai 35 buah platform bawah tanah dan 17 di atas tanah yang menjadikan 52 kesemuanya.
Infrastruktur stesen ini sungguh mengagumkan kerana daripa 24,000 kilometer jumlah keseluruhan panjang trek, satu pertiga daripadanya terletak di Kota Metropolitan Tokyo.
Antara pengendali keretapi di Jepun yang menggunakan stesen ini termasuklah :
- East Japan Railway
- Keio Corporation
- Odakyu Electric Railway
- Toei Subway
- Tokyo Metro
Apa Yang Menarik Di Shinjuku
Syurga Makanan
Terdapat banyak makanan popular seperti takoyaki iaitu bebola sotong. Takoyaki adalah makanan jalanan yang sering dimakan bersama dengan rumpai laut, halia dan bawang serta dicicah bersama mayonis Jepun.
Pemandangan Yang Mendamaikan
Stesen ini juga berhampiran dengan Shinjuku Gyoen. Jika anda ke Jepun pada bulan Februari dan Mac, anda akan dapat menyaksikan bunga sakura mekar yang menghiasi kota Tokyo.
Manga Dan Anime
Jika anda penggemar kartun dari Jepun, terdapat beberapa kedai komik seperti Melonbooks, Comic Toronoana, Village Vanguard dan juga Blister. Terdapat juga Kinokiniya di sini.
Di Shinjuku sahaja, anda pasti tidak sempat untuk menghabiskan masa sehari disini sahaja. Kota Tokyo ini sangat besar dan jika anda berpeluang untuk berkunjung ke sini, jangan lupa ke Shinjuku.
Berminat Melanjutkan Pengajian Ke Luar Negara
Mendaftar Bersama Daulah Educonsult
Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)