Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) telah mengesan dua kes jangkitan Influenza A iaitu di Cyberjaya dan Klang, Rabu lalu.

Apa Itu Influenza A?

Ini adalah jangkitan virus yang kerap menyebabkan jangkitan pada hidung, tekak dan paru- paru. Gejalanya termasuk demam, selesema dan batuk.

Pengarah Kesihatan Selangor Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata kes pertama ada di Sekolah Kebangsaan Cyberjaya. Ianya melibatkan seramai 20 orang murid dan seorang guru yang dijangkiti demam, batuk dan selsema.

Tambahnya, di Klang hanya satu kes dapat dikesan iaitu melibatkan dua beradik dalam satu keluarga.

Langkah pencegahan yang perlu diambil

Mangsa Dilaporkan Stabil

Tiada penutupan sekolah yang dijalankan di Selangor buat masa ini. Pelajar dan guru yang terlibat telah mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar dan dibenarkan pulang. Hanya seorang pelajar lelaki dilaporkan ditahan ke wad namun silaporkan stabil di sebuah hospital swasta.

Di Klang pula, seorang pesakit masih menerima rawatan namun stabil manakala seorang lagi menerima rawatan sebagai pesakit luar dan dibenarkan pulang ke rumah. Siasatan mendapati jangkitan yang berlaku di kedua-dua kawasan tiada kaitan sama sekali.

Sesi Persekolahan Seperti Biasa

Dr Sha’ari berkata lagi, kes jangkitan penyakit itu terkawal dan tiada penutupan sekolah yang berlaku akbiat wabak tersebut.

Antara kumpulan yang berisiko utama untuk dijangkita virus ini adalah kanak-kanak, warga tua dan wanita mengandung. Tambahan, mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan lekah juga berisiko tinggi. ‘

Jagalah kesihatan sentiasa kerana harga sebuah kesihatan itu sangatlah berharga.

Tanda-tanda dan Simptom awal Influenza A

 

Berminat Melanjutkan Pengajian Ke Luar Negara

Mendaftar Segera Bersama Daulah Educonsult

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here