Realme Malaysia telah melancarkan dua produk yang menjadi penantian dan bualan ramai. Selepas melancarkan beberapa produk yang “laku keras” dipasaran pada tahun lepas, Realme kembali dengan membawa masuk produk baru.

Produk audio Realme Buds Air dan telefon pintar Realme 5i siri kelima adalah dua produk baru yang dilancarkan  bersempena dengan tahun 2020 ini.

Realme Buds Air

Ini merupakan produk loT yag pertama dikeluarkan oleh Realme dan dijangka bakal menjadi tumpuan kerana harganya yang mampu milik dan bersifat wireless.

Dengan kemampuan custom R1 Chip serta Bluetooth 5.0, sambungan Realme Buds Air dan telefon pintar akan terasa lancar dan indah dengan dilengkapi ciri audio yang mantap.

Produk ini mungkin digemari oleh para gamers kerana ianya mempunyai pergerakan sempurna antara visual dan audio. Audio pada mod biasa adalah 243.8 ms manakala bagi mod permainan hanya 119.3ms.

BACA JUGA :   Pilihan Kerjaya Dalam Bidang Pergigian

Direka sesuai dengan kanal telinga, ianya adalah sangat selesa walaupun digunakan dalam jangka amsa yang panjang. Produk ini juga boleh digunakan dalam tempoh 17 jam dan disokong dengan pengecasan kabel type-C.

Tambahan, Realme Buds Air ini dilengkapi dengan sentuhan pintar iaitu boleh menjawab dan mematikan panggilan, menukar muzik, melancarkan Google Asistant dan juga menukar mod.

Realme 5i-Quad Camera Baterry Hero

Model ini dikuasakan oleh pemprosesan Qualcomm Snapdragon 655. Ianya membantu prestasi yang cemerlang sesuai dengan harganya. Tambahan, telefon pintar ini dilengkapi dengan bateri sebesar 5000 mAh yang memanjangkan hayat bateri untuk tempoh masa stand-by 30 hari.

Dari segi keselamatan bateri, Realme 5i ini dilengkapi dengan pemisahan perlindungan tahan api. Kamera pula dilengkapi dengan empat kamera iaitu lensa ultra-wide (8MP), kamera utama (12MP), lensa potret (2MP) dan juga lensa makro (2PM). Boleh didapati dengan dua warna iaitu Aqua Blue dan Forest Green.

BACA JUGA :   Sambung Belajar di Universiti Terbaik di Indonesia pada September 2020 !

 

Berminat Menyambung Pengajian Ke Luar Negara

Mendaftar Segera Bersama Daulah Educonsult 

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here