Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China telah mengesahkan seramai sembilan terkorban akibat koronavirus, yang boleh berjangkit melalui saluran pernafasan.
Menurut CNN, ular berbisa spesies many-banded krait mungkin menjadi punca penularan virus ini. Para saintis di China telah mengambil sampel virus berkenaan dan telah membandinglkan dengan beberapa haiwan seperti burung, landak, ular dan kelawar.
Namun hasil kajian mendapati, ianya sepadan dengan ular dan spesies ular itu sering dijumpai dijual di pasar tempatan sebagai makanan eksotik di Wuhan, China.
Apa itu Koronavirus
Koronavirus adalah sejenis virus yang sering terjadi kepada haiwan. Virus ini jarang sekali dijangkiti oleh manusia. Namun baru-baru ini, virus ini sudah mula dijangkiti oleh manusia. Kes yang terbaru adalah di Amerika Syarikat. Hal ini demikian kerana mungkin virus ini sudah mula berevolusi dan tersebar kepada manusia.
Antara jenis koronavirus pada manusia:
- 229E (alpha coronavirus)
- NL63 (alpha coronavirus)
- OC43 (beta coronavirus)
- HKU1 (beta coronavirus)
Simptom Anda Dijangkiti :
- Hidung berair (berhingus)
- Sakit kepala
- Batuk
- Sakit tekan
- Demam
- Merasa badan tidak sedap
Langkah Pencegahan :
- Kerap membasuh tangan dengans abun dan air paling kurang 20 saat.
- Elakkan menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang kotor (tidak dicuci)
- Elakkan dekat dengan mereka yang sedang sakit
- Jika merasa kurang sihat, berehat sahaja di rumah
- Tutup mulut dengan tisu atau tuala kecik ketika bersin. Kemudian buang tisu berkenaan dan cuci tangan.
Rawatan Koronavirus
Setakat ini, tiada rawatan yang spesifik mampu melawan virus ini. Jika anda mempunyai simptom-simptom seperti diatas, segera berjumpa dengan doktor untuk maklumat lanjut. Mencegah lebih bagus dari menyelamatkan.