Manusia tidak seharusnya obses dengan kulit yang putih dan cerah. Sewajarnya anda patut berbangga dengan warna kulit atau apa jua keadaan kulit anda. Yang perlu diutamakan adalah kesihatan diri. Penggunakan pil pemutih yang terdapat dipasaran dengan jaminan secerah bintang K-Pop adalah sangat berbahaya.
Deenamik akan berkongsi mengenai satu penyakit kulit ini yang sangat istimewa dan tidak semua orang memilikinya.
Vitiligo – Penyakit Kulit Sopak
Vitiligo atau sopak adalah penyakit kulit yang dihidapi oleh 0.5 hingga 2 peratus penduduk dunia. Ia merupakan masalah pigmentasi kulit yang menyebabkan tompok-tompok putih di bahagian badan dengan sebaran secara simetri pada kulit manusia. 1/2 pesakit mengalami penyakit ini sebelum berumur 20 tahun dan 1/3 pesakit mempunyai sejarah keluarga yang positif. Vitiligo juga dikaitkan dengan penyakit autoimun seperti diabetes, tiroid, pernicious anemia dan penyakit addison.
Jenis-Jenis Vitiligo :
- Umum (Generalized)
- Setempat (Local)
- Bersegmen (Segmental)
- Acrofacial
- Umum (Universal)
Vitiligo umum adalah yang paling kerap berlaku. Diagnosa penyakit kebiasaannya dibuat secara klinikal. Namun, biopsi kulit boleh membantu dalam sesetengah kes untuk mendapatkan kepastian.
Rawatan Vitiligo
Penyakit ini tidak dapat sembuh dengan sepenuhnya. Rawatan yang diberikan adalah bertujuan untuk menhasilkan semula pigmentasi dan menstabilkan proses kehilangan pigmentasi.
Antara Rawatan :
- Rawatan umum
- Rawatan topikal
- Fototerapi
- Rawatan pembedahan
Rawatan topikal sesuai untuk pesakit vitiligo setempat. Fototerapi pula sesuai untuk pesakit vitiligo umum dan rawatan pembedahan akan diberikan kepada pesakit vitiligo bersegmen.
Bagi anda yang menghidapi penyakit ini. Jangan pernah sesekali rasa rendah diri. Anda adalah istimewa dan lain daripada yang lain. Jadikan kekurangan anda sebagai kelebihan diri dengan sebaiknya. Berikut merupakan antara contoh selebriti yang mempunyai penyakit vitiligo ini.
Kedua-dua selebriti ini adalah pesakit vitiligo. Namun, mereka menggunakan kelemahan diri tersebut dengan menempa nama di persada dunia. Aktviti “body shaming‘ adalah sangat berbahaya kerana ianya mampu mengundang masalah mental seseorang.
Berminat Melanjutkan Pengajian Ke Luar Negara
Mendaftar Segera Bersama Daulah Educonsult
Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian
- Customer service 1 :0189624322
- Customer service 2 :0182429322
- Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)