Esok merupakan sambutan perayaan Tahun Baru Cina. Kebiasaannya, sehari sebelum sambutan perayaan ini, masyarakat Cina akan berkumpul untuk ‘makan besar’ bersama keluarga mahupun kawan-kawan sempena menyambut kedatangan tahun baru.

Malaysia terdiri daripada masyarakat yang majmuk. Bangsa Melayu, Cina dan India serta bangsa lain selesa untuk duduk semeja berbual dan makan makanan tradisi masing-masing. Oleh itu, upacara makan besar ini sebenarnya boleh juga disambut oleh bangsa lain.

Justeru itu, Deenamik ingin menyenaraikan beberapa restoran cina halal di Kuala Lumpur yang sesuai untuk menyambut ‘makan besar’ ini.

# Mohd Chan

Restoran ini mula beroperasi di Malaysia pada tahun 2007 dan sehingga kini mempunyai beberapa cawangan di Lembah Klang. Cawangan lain terletak di Shah Alam, Kelana Jaya, dan Ampang. Senarai lain anda boleh lihat di laman web rasmi Mohd Chan.

Anda boleh mencuba Fruit YeeSang dengan harga RM68 atau Abalone Yee Sang yang berharga RM88.

https://mohdchan.com.my/

# Mohammad Chow

Restoran ini terletak di Damansara Perdana dan mempunyai pilihan menu yang pelbagai. Ianya sesuai untuk keluarga dan tetamu yang dalam kuantiti yang ramai. Berempena dengan Tahun Baru Cina ini, restoran ini menyediakan Salmon Yee Sang. Peminat salmon, jomlah serbu.

BACA JUGA :   Tawaran ke Universiti Sumatera Utara

https://www.facebook.com/mohammadchowrestaurant/

# Zuan Yuan Chinese Restaurant

Sekiranya anda mahukan suasana yang agak eksklusif, Zuan Yuan Chinese Restaurant adalah pilihan yang tepat sekali. Restoran ini berlokasi di Lobi One World Hotel. Antara menu yang dihidangkan disini adalah berkonsepkan cantonese-style dan terdapat juga set festival dan dim sum.

http://www.oneworldhotel.com.my/restaurants/zuan-yuan-chinese-restaurant/

# Homst

Homst mula beroperasi pada tahun 2002. Jangan terlepas untuk mencuba makanan ‘signature‘ mereka iaitu Salted Egg Soft Shell Cran dan Assam Steam Fish.

https://homst.com.my/

# Amber Chinese Muslim Restaurant

Menawarkan hidangan fusion Szechuan, restoran yang terletak di The Nexus Bangsar ini sangat selesa. Bersempena dengan Tahun Baru Cina, restoran ini turut menyediakan set untuk mereka yang berkumpulan iaitu Joyous Reunion Dinner yang sesuai untuk 10 orang. Set ini hanya tersedia sehingga 29 Februari dan jika anda harus menempah 5 hari lebih awal. Deenamik cadangkan anda menelefon restoran ini terlebih dahulu kerana restoran ini sentiasa dipenuhi pelanggan. Namun jika tidak mahu makanan secara set, ala carte turut dihidangkan juga.

https://www.facebook.com/Amber.Bangsar/

Berikut merupakan contoh restoran yang sesuai dan sentiasa direkomendasi oleh para pelanggan. Sambutan Tahun Baru Cina pasti akan terasa lebih meriah jika dapat menyambutnya bersama dengan ahli keluarga dan juga sanak saudara. Ianya akan lebih bermakna jika keseronokan tersebut dapat dikongsi bersama dengan rakan-rakan berlainan bangsa.

BACA JUGA :   Volgograd State Medical University Tawar Bidang Perubatan

Deenamik ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada rakan-rakan Deenamik yang berbangsa Cina. Semoga tahun baru ini akan lebih bermakna disamping orang tersayang disisi.

Berminat Melanjutkan Pengajian Ke Luar Negara

Mendaftar Bersama Daulah Educonsult

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here