Sebut sahaja Bali pasti anda dapat bayangkan kecantikan pulau yang merupakan destinasi percutian yang menarik di Indonesia. Sebelum anda melancong ke Bali, anda wajib tahu waktu yang terbaik untuk melancong ke tempat tersebut supaya anda dapat laksanakan aktiviti yang anda rancang tanpa sebarang gangguan.
Bali merupakan destinasi terbaik yang boleh dilawati sepanjang tahun, tetapi cuaca terbaik di Bali adalah pada bulan April hingga Oktober. Pada bulan tersebut, pulau ini mendapat hujan yang paling sedikit, matahari yang paling banyak dan kelembapan terendah. Manakala, waktu yang terbaik untuk menyelam adalah pada bulan September sehingga November.
Kepada mereka yang ingin melancong ke Bali tetapi mempunyai bajet yang rendah, anda boleh dapatkan pelbagai tawaran dan juga diskaun di hotel bermula pada bulan Februari sehingga awal bulan Disember. Seterusnya ialah waktu yang terbaik untuk bersiar-siar adalah pada bulan Mei sehingga September. Semoga tips ini bermanfaat kepada anda!.
Anda berminat untuk melanjutkan pengajian di luar negara?. Daulah Educonsult bersedia membantu anda!.
Daulah Educonsult bersedia memberikan khidmat nasihat berkaitan dengan hala tuju pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke luar negara. Hubungi kami untuk dapatkan konsultasi secara percuma di talian:
Customer service: 0189624322
Konsultan Athirah: 0183949480
Tuan Syed Fuad: 0132090322