Novel Coronavirus yang bermula di Wuhan dinamakan sebagai 2019-nCoV. Coronavirus adalah salah satu famili virus yang lazimnya menjangkiti saluran pernafasan. Novel Coronavirus pula adalah merujuk kepada spesies baru virus dalam famili coronavirus yang belum pernah ditemukan manusia.
Virus ini boleh merebak sesama manusia dan juga haiwan. Hal ini demikian kerana, jangkitan virus ini adalah sama seperti jangkitan selsema yang lain. Tambahan, komplikasi akan bertambah teruk pada golongan yang mempunyai imuniti badan yang lemah.
Sipmtom-Simptom Jangkitan
- Tanda-tanda penyakit selsema
- Demam
- Kesukaran Bernafas
- Batuk
Langkah-Langkah Pencegahan
- Cuci tangan dengan bersih
- Elakkan sentuhan terus dengan haiwan liar, daging dan kandang
- Elakkan pengambilan makanan atau minuman dari sebarang produk haiwan yang mentah atau tidak dimasak dengan sempurna seperti telur, susu, daging dan sebagainya.
- Menutup mulut dan hidung ketika batuk atau bersin
- Elakkan sentuhan secara langsung dengan individu yang mempunyai gejala
Setakat ini, kerajaan Malaysia telah menggantung sementara semua kemudahan imigresen kepada rakyat China dari bandar Wuhan dan Wilayah Hubei.
Menurut pakar kesihatan Hong Kong, pembawa coronavirus ini boleh menjangkau sehingga 44,000 orang. Tambahan, wabak ini boleh bertambah teruk jika langkah asas pemcegahan epidemik global tidak ditingkatkan.
Kemboja catat kes pertama dan dua pesakit disyaki hidap coronavirus di New York serta satu kes positif coronavirus di Singapura. Dua kanak-kanak warganera Chian dikuarantin di Langkawi.
Kedutaan Besar Malaysia di Beijing telah menubuhkan Pasukan Respons Kecemasan (ERT) bagi memantau dan memberi laporan secara berterusan mengenai perkembangan wabak ini di China.
Pihak KPDNHEP memberi peringatan kepada para peniaga supaya tidak meniakkan harga topeng muka kerana barang ini termasuk dalam kategori harga terkawal di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutuan 2011.
Virus pembunuh ini telah meragut 41 nyawa dan Malaysia merupakan negara ke-14 merekodkan janhkita coronavirus ini.
Jika anda mempunyai simptom-simptom seperti dijangkiti virus tersebut, segera ke klinik atau hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan lanjut. Mencegah lebih baik dari merawati.
Berminat Melanjutkan Pengajian Ke Luar Negara
Mendaftar Segera Bersama Daulah Educonsult
Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian
- Customer service 1 :0189624322
- Customer service 2 :0182429322
- Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)