Negara Rusia sangat terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia sebagai destinasi percutian dan melanjutkan pelajaran. Namun, anda pasti teringin berbual atau berkomunikasi dengan rakyat di sana. Paling tidak, mengucapkan ‘apa khabar’ atau ‘terima kasih’.

Deenamik ingin berkongsi beberapa tips mudah untuk bertutur dalam bahasa Rusia. Namun, anda juga digalakkan untuk mengambil kelas bahasa Rusia jika ingin fasih dalam bahasa ini.

#Belajar Secara “Online”

Anda boleh belajar secara online sahaja. Terdapat banyak kursus bahasa Rusia yang ditawarkan secara online di internet. Terdapat juga video yang dimuat naik di youtube mengenai sesi pengajaran berbahasa Rusia ini. Anda hanya perlu klik sahaja. Semuanya sudah tersedia.

Terdapat juga beberapa aplikasi yang boleh dimuat turun di Google Play Store dan Apple App Store. Belajar bahasa Rusia menerusi aplikasi ini sangat mudah kerana anda dapat memilih waktu yang sesuai untuk belajar.

#Tonton Animasi, Dengarkan Lagu Berbahasa Rusia

Antara salah satu cara termudah untuk memahami sesuatu bahasa adalah menonton drama, animasi atau mendengar lagu dalam bahasa tersebut. Terdapat banyak drama dan animasi yang berbahasa Rusia yang mempunyai genre yang berbeza. Terdapat banyak paltform untuk anda menonton kesemua drama dan animasi tersebut. Semuanya adalah secara atas talian.

BACA JUGA :   Sambung Belajar di Rusia Bulan September 2020 melalui Daulah Educonsult

Guna Bahasa Rusia Setiap Hari

Supaya anda bertambah lancar dalam bahasa Rusia, jadikan rutin bercakap atau berkomunikasi dalam bahasa Rusia. Pelajari kata-kata baru setiap hari. Memperkaya kosa kata adalah salah satu kunci untuk menguasai bahasa asing.

Misalnya, lihat disekitar anda, namakan apa yang anda lihat dalam bahasa Rusia. Lama-kelamaan, anda akan terbiasa dan seterusnya mampu berkomunikasi dalam bahasa Rusia.

Berkawan Dengan Orang Rusia

Berkomunikasi secara langsung dengan orang Rusia adalah antara salah satu cara terbaik untuk mengasah kemampuan anda dalam berbahasa Rusia. Keadaan ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan antara dua individu dari negara yang berbeza. Anda juga mampu berkenalan dengan budaya dan adat orang Rusia!

BACA JUGA :   Peguam Tawar Khidmat Bantu Ustazah 'Merangkak'

Gunakan segala peluang yang ada untuk anda mempelajari bahasa Rusia. Namun jangan risau untuk melakukan kesalahan. Sejujurnya, kesalahan itu adalah salah satu cara untuk anda menguasai bahasa tersebut. Kesalahan yang dilakukan tidak akan berulang lagi.

Berminat Untuk Melanjutkan Pengajian Ke Rusia

Mendaftar Segera Bersama Daulah Educonsult

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here