Rusia merupakan sebuah negara yang sangat kaya dengan nilai sejarahnya. Negara ini mempunyai teknologi yang tercanggih, pertahanan yang mantap namun masih mengekalkan seni bina bangunan yang unik dan purba. Tinggalan dari bangunan tersebut masih digunakan hingga sekarang dan mampu menarik minat pelancong untuk melancong ke Rusia.
Deenamik telah menyenaraikan beberapa destinasi wajib yang boleh dikunjungi jika anda melancong ke Rusia. Bagi anda yang melanjutkan pengajian, ini adalah peluang terbaik untuk anda memanfaatkan segala peluang dengan melancong sepuas-puasnya.
Saint Petersburg
Bandar ini dibangunkan oleh Tzar Peter The Great. Bandar ini turut dikenali sebagai destinasi pelancongan pelayaran dengan cruise. Bandar Saint Petersburg ini seakan-akan seperti Venice kerana berhampiran dengan punca air.
Terdapat sebuah pasar seni di bandar ini. Hermitage mempunyai pelbagai artifak purba dan kuno yang sangat indah dan sesuai dijadikan sebagai cenderamata.
Moscow
Moscow merupakan ibu negara bagi Rusia dan mempunyai sistem pengangkutan yang terbaik. . Di bandar inilah terletaknya St. Basil yang sangat popular dengan reka bentuk gereja dengan kubahnya berbentuk seperti bawang.
Anda juga boleh pergi ke Kremlin dan Red Square yang mempunyai binaan patung Lenin dan Stalin. Kremlin adalah kompleks bangunan yang mnjadi benteng pertahanan Rusia. Arbat Street Walking Tour adalah salah satu lokasi popular di Moscow.
Stesen Metro yang dibina seakan-akan sebuah muzium sangat mengagumkan. Terdapat lebih kurang 190 stesen Metro di Moscow. Anda pasti tidak mahu melepaskan peluang bergambar di stesen Metro ini.
Terdapat sebuah loceng yang retak yang dikenali sebagai Tzar Belle yang wujud ketika berlakunya kebakaran di Kremlin pada tahun 1737.
Kazan
Walaupun Kazan terletak di Rusia, namun masyarakatnya mempunyai muka yang seakan-akan orang China, Arab, Turki dan juga seperti Hindustan. Namun mereka masih menggunakan bahasa Rusia.
Yekaterinburg
Tempat ini merupakan lokasi pembunuhan pemimpin Rusia yang terakhir iaitu Tsar Nicholas dan keluarganya pada tahun 1918. Terdapat juga kereta api terpanjang iaitu Trans-Siberian. Terdapat pertunjukan sarkas yang dilakukan secara live.
Irkutsk
Tasik Baikal adalah salah satu destinasi pelancongan yang terkenal disini. Lokasi bandar ini adalah bersebelahan dengan negara China. Tambahan, bandar ini juga kurang sesak berbanding dengan bandar Moscow.
Negara Rusia sememangnya sangat menarik untuk dilawati. Tambahan negara ini sangat sesuai dikunjungi pada setiap tahun, Setiap musim memberikan pengalaman yang berbeza-beza.
Berminat Melanjutkan Pengajian Di Rusia
Mendaftar Segera Bersama Daulah Educonsult
Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian
- Customer service 1 :0189624322
- Customer service 2 :0182429322
- Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)