Serangan koronavirus telah menggemparkan dunia dan WHO juga telah mengiktiraf virus tersebut sebagai berbahaya dan merupakan ancaman kesihatan global. Beberapa negara telah menyekat kemasukan warganegara China dan hal ini diambil serius demi menjaga keselamatan orang ramai.
Sejajar dengan kehangatan isu koronavirus ini, Deenamik ingin berkongsikan beberapa filem yang berkisarkan mengenai jangkitan virus. Namun, jangan terlalu taksub dan jadikan sebagai hiburan dan penambahan dari segi ilmu pengetahuan sahaja.
The Flu
Filem ini mengisahkan mengenai sekumpulan pendatang asing yang diseludup masuk ke Korea Selatan. Salah seorang yang diseludup itu meupakan pembawa virus yang berbahaya dan boleh berjangkit. Beribu-ribu orang dijangkiti virus tersebut setiap jam dan mendatangkan maut. Virus ini mampu membunuh dalam tempoh 36 jam seseorang itu dijangkiti. Keseluruhan penduduk d bandar Bundang telah dikuarantin oleh kerajaan untuk mengentikan penyebaran ini daripada terus merebak.
Train To Busan
Wabak virus yang mula menyerang Korea Selatan telah menyebabkan mereka yang dijangkiti bertukar menjadi zombie. serta bertukar agresif. Sekumpulan yang terselamat cuba melarikan diri dengan menaiki keretapi KTX dari Seoul ke Busan yang sianggap sebagai lokasi paling selamat.
Namun, dalam perjalanan tersebut, mereka juga terpaksa bergelut untuk menyelamatkan diri kerana terdapat penumpang yang dijangkiti.
Contagion
Percutian ke luar negara bertukar tragedi. Menganggap hanya disebabkan jet lag, Beth Emhoff rupa-rupanya dijangkiti oleh virus sekembalinya dia dari ebrcuti ke Hong Kong. Namun, dua hari selepas itu, Beth meninggal dunia . Doktor yang merawatnya tidak tahu punca Beth meninggal dunia. Selepas itu, orang ramai mula menunjukkan gejala yang sama dan waak global mula tersebar.
Dawn Of The Planet Of The Apes
Kemunculan genetik baru iaitu genetik mawas telah mengancam sekumpulan manusia yang terselamat daripada terkena virus yang menyerang sedekad lalu. Namun, kemanan hanyalah sementara kerana genetik mawas yang diketuai oleh Caesar mula mencetuskan peperangan antara manusia dan mawas. Peperangan tersebut bertujuan untuk menentukan siapakah makluk bumi yang dominan.
I Am Legend
Filem ini mengisahkan mengenai penyebaran virus yang berlaku akibat ubat penyembuh kanser. Robert Neveille adalah satu-satunya mangsa yang terselamat daripad virus tersebut. Dia terpaksa menyelamatkan diri daripada serangan zombie bila malam menjelma. Malah, diia juga terpaksa mencari penawar agar dapat menyembuhkan manusia yang berubah menjadi zombie.
Resident Evil
Sebuah syarikat telah menjalankan ujikasji vaksin dan juga senjata bio-teknologi yang dikenali sebagai T-Virus yang telah dicuri oleh seseorang. Tempat penyimpanan virus itu pecah dan menjangkiti semua orang dan berubah menjadi zombie. Pasukan khas telah ditubuhkan untuk mematikan sistem tersebut dan mereka perlu berdepan dengan zombie.
Outbreak
Virus Motoba adalah hasil adaptasi dari virus berbahaya Ebola. Virus Motoba ini mula tersebar disebabkan oleh seekor monyet yang dibawa ke Amerika Syarikat sebelum dilepaskan di sebuah hutan kerana gagal dijual. Malangnya, virus tersebut telah menjangkiti individu yang melepaskan monyet tersebut.
Filem-filem tersebut adalah hasil adaptasi dari beberapa virus yang pernah melanda dunia. Filem sains fiksyen sangat jarang dihasilkan kerana skop peminatnya yang kecil. Selamat menonton.
Berminat Melanjutkan Pengajian Ke Luar Negara
Mendaftar Segera Bersama Daulah Educonsult
Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian
- Customer service 1 :0189624322
- Customer service 2 :0182429322
- Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)