Wabak coronavirus yang sememangnya sedang mengancam dunia kini semakin mengganas dengan mencatatkan peningkatan kematian yang tertinggi semalam sebanyak 64 kematian. Setakat ini, wabak ini telah mengorbankan nyawa sebanyak 425 kematian.
Sebanyak 21 buah negara telah dijangkiti dengan coronavirus ini.
Warga Malaysia yang berada di Wuhan, China telah selamat dibawa pulang dan selamat mendarat di Malaysia pada jam 5.57 pagi tadi di KLIA. Kesemua penumpang terdiri seramai 107 penumpang dan 12 anak kapal. Sejumlah 8 petugas misi dan 6 pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Beijing terlibat dalam Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR).
Jejas Sektor Ekonomi
Penularan coronavirus yang berlarutan dalam tempoh masa yang lama dijangka akan memberinkesan kepada ekonomi China dan juga menjejaskan ekonomi Malaysia. Hal ini demikian kerana China merupakan abtara rakan dagang terpenting Malaysia.
Tambahan, coronavirus turut jejas pelancongan dunia lebih teruk dari SARS. Kempen Melawat Malaysia 2020 juga dijangka akan terkesan akibat wabakmberbahaya ini. Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 15 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.
Diharapkan kerajaan dapat mengekalkan ekonomi dan juga keamanan kesihatan negara agar Malaysia dapat menempuh tahun 2020 ini dengan mudah.
Berminat Melanjutkan Pengajian Ke Luar Negara
Mendaftar Segera Bersama Daulah Educonsult
Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian
- Customer service 1 :0189624322
- Customer service 2 :0182429322
- Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)