Awal tahun 2020, dunia digegarkan dengan coronavirus yang berasal dari Wuhan, China yang telah mengorbankan lebih 565 kematian di seluruh dunia. Kematian tertinggi dilaporkan adalah sebanyak 73 orang dalam sehari.

 

Koronavirus yang melanda negara China masih reda, Bali, Indonesia pula dilanda penyakit dari virus misteri. Hampir 1,000 ekor babi di Bali ditemui mati. Jumlah kematian meningkat hampir 50,000 ekor di Sumatera Utara sejak beberapa bulan lalu.

Menurut hasil semakan agensi Pertanian dan Makanan Keselamatan Bali, hampir 888 babi mati akibat penyakit misteri dalam tempoh dua bulan terakhir. Penyakit misteri ini turut melanda Badung, Tabanan, Denpasar, Ginyar, Karangasem dan Bangli.

Pihak berkuasa telah menghantar sampel darah haiwan tersebut yang mati ke Pusat Penyelidikan Veterinar Medan di Sumatera Barat untuk mengetahu punca kematian tersebut. Beberapa media tempatan turut melaporkan babi ini mati selepas menunjukkan gejala yang sama iaitu demam, cirit-birit dan juga muntah.

BACA JUGA :   Pengambilan Pengajian Di Universiti Indonesia Intake September

Negara China turut dilanda dengan isu sama apabila ayam di sana pula disahkan dijangkiti penyakit H5N1. Kes pertama dicatatkan dengan 4,500 ekor ayan dmusnahkan disebuah ladang dan jumlah keseluruhan setakat ini adalah sebanyak 17,828 ekor ayam. Kali ini, ianya berpunca berlaku di sebuah ladang di daerah Shuangqing di bandar Shaoyang.

Namun, negara India juga telah memusnahkan ayam dan telur yang dijangkiti wabak tersebut. Wabak H5N1 ini mampu menular kepada manusia melalui hubungan dekat dengan burung atau ayam yang terkena wabak tersebut.

Wabak H5N8 jug telah dilaporkan mula tersebar di sekitar Eropah beberapa minggu lepas.

Semalam, remaj berusia 17 tahun dari Kanada telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL). Remaja tersebut tiba-tiba pengsan di KLCC dan turut disyaki dijangkiti coronavirus. Namun Kementerian Kesihatan Malaysia belum lagi mengesahkan perkara tersebut.

BACA JUGA :   Permohonan Pengajian Islam Di Indonesia

Berminat Melanjutkan Pengajian Ke Luar Negara

Mendaftar Segera Bersama Daulah Educonsult

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here