Melancong ke luar negara bukan sahaja tentang melawat ke tempat-tempat yang menjadi tarikan pelancong. Walaupun “tempat yang wajib anda lawati” memberikan keseronokan kepada anda, sudah tiba masanya untuk anda turut menerokai kehidupan masyarakat di sana. Ingin bertukar arah daripada pelancong kepada pengembara? Teruskan membaca untuk menjadikan perjalanan anda sepanjang berada di negara tersebut lebih baik.
Tips yang pertama ialah dapatkan maklumat berkenaan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan di sekitar kawasan tersebut. Anda juga boleh membuat “research” terlebih dahulu melalui carian di Internet. Seterusnya ialah menaiki pengangkutan awam yang terdapat di negara tersebut seperti bas dan juga kereta api. Dengan menaiki pengangkutan awam, anda akan dapat melihat kawasan di sekitar bandar tersebut dengan lebih jelas.
Sedikit tips keselamatan bagi mereka yang menaiki pengangkutan awam: Pastikan mata anda sentiasa awasi keadaan di sekeliling anda dan jaga barang peribadi anda.
Kemudian, anda juga boleh melawat pasar serta kedai-kedai lokal. Ini merupakan peluang terbaik untuk anda mencari cenderamata yang dapat mengingatkan anda kepada tempat tersebut. Ayuh! pergi ke pasar-pasar lokal untuk mencari sesuatu yang akan menggembirakan anda buat bertahun lamanya.
Perkara yang paling penting sewaktu anda melancong ke luar negara ialah merakam memori anda dengan mengambil gambar bersama-sama rakan, keluarga mahupun pasangan anda. Gambar-gambar ini akan mengingatkan anda kepada tempat ini dan memori yang terdapat di tempat tersebut.
Anda berminat untuk menyambung pengajian ke luar negara?. Daulah Educonsult sedia membantu anda.
Daulah Educonsult Sdn Bhd bersedia memberikan khidmat nasihat kepada mereka yang memerlukan terutamanya berkaitan hala tuju belajar di luar negara. Dapatkan konsultasi secara PERCUMA daripada konsultan terlatih kami di talian:
Konsultan Athirah: 0183949480
Customer Service: 0189624322