Terdapat sebuah destinasi percutian yang popular di Poland iaitu gunung Zakopane yang hanya 2 jam di selatan Krakow yang mempunyai pemandangan yang mengujakan.

Lokasi Gunung Zakopane ini terletak di Pergunungan Tatra yang terkenal dengan aktiviti pendakian dan juga permainan ski. Terpulang kepada anda untuk melawat Zkopane dalam masa sehari atau mahu menetap beberapa disini. Terdapat hotel dan juga homestay yang disediakan di sekitar sini.

Terdapat banyak aktiviti menarik yang anda boleh lakukan di Zakopane.

Nikmati Keenakan Keju : Oscypek

Oscypek adalah smoked cheese yang diperbuat dari susu kambing yang telah dimasinkan. Keju istimewa ini hanya boleh didapati di kawasan Zakopane sahaja.

Lakukan Pendakian Ke Tasik Emerald

Tasik alpine ini terletak di Taman Negara Tatra dan cahaya yang terbias akan kelihatan sangat cantik dipermukaan tasik ini. Anda juga boleh memulakan pendakian bermula di bandar Kuznice dengan menaiki bas selama 10 minit dari Zakopane.

BACA JUGA :   NEGARA ‘FOUR SEASONS’ YANG ANDA PATUT CHECKOUT!

Singgah Ke Penginapan Pelancong Di Murowaniec

Disini, anda akan mendapat makanan dan juga minuman secara percuma selepas anda melakukan pendakian merentasi pergunungan dan juga rimba hijau, Dimaklumkan bahawa raspberry shake dan kek epal adalah tarikan utama disini. Anda wajib mencuba jika berkunjung kesini. Tasik Emerald hanya 30 minit dari tempat penginapan ini.

Cuci Mata Sekitar Walking Street

Terdapat lambakan restoran, pasar tradisional, kedi cenderamat, bar dan butik disini. Sangat sesuai jika anda mahu membelikan cenderamata untuk yang tersayang kerana terdapat pelbagai pilihan dengan pilihan harga. Terdapat juga pemuzik jalanan yang sentiasa menghiburkan anda.

Berendam Di Dalam Thermal Spa

Popular ketika musim sejuk, kolam air panas di Terma Bukowina seringkali menjadi pilihan masyarakat tempatan atau luar negara untuk mencari kehangatan. Selepas seharian bermain ski, rehatkn badan anda di kolam air panas ini.

BACA JUGA :   Budaya Tersendiri Rusia

Cara termudah untuk ke Zakopane  adalah dari Krakow dengan menaiki bas. Bas stesen yang terdekat adlah Dworzec Autobusowy dan harga sekitar 15 zloty sahaja dan mengambil masa sekitar 2 jam sahaja.

Berminat Melanjutkan Pengajian Ke Poland

Mendaftar Segera Bersama Daulah Educonsult

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here