Mencari makanan halal di sesetengah negara barat sememangnya bukanlah suatu hal yang mudah bagi setiap pelancong atau musafir. Jika ada, pasti pelancong yang beragama Islam akan mencari maklumat lebih mendalam lagi tentang restoran itu.

Sumber: Google

Namun, di Rusia kini makanan Indonesia senang didapati iaitu di Kota Kazan. Restoran berstatus halal ini telah memudahkan masyarakat Islam disana mendapatkan makanan halal.

Restoran yang diberi nama Indofood di Kazan, Rusia ini dikatakan restoran halal pertama di Rusia. Pelajar dan masyarakat Indonesia yang berada di Rusia mudah untuk mendapatkan makanan Indonesia.

 

Antara menu makanan yang ada ialah mi goreng, nasi goreng yang dikatakan sama seperti selera Indonesia, bakso, pisang goreng, soto dan lain-lain.

BACA JUGA :   𝗝𝗒𝗠 π—•π—˜π—Ÿπ—”π—π—”π—₯ π——π—œ π—œπ—‘π——π—’π—‘π—˜π—¦π—œπ—”
Sumber: Google

Selain menjadi tumpuan pelajar dan masyarakat Indonesia yang berada di sana, ianya juga menjadi tumpuan buat pelancong yang mencari makanan halal.

Berkonsepkan sajian cepat dihidangkan menjadikan sistem mengambil tempahan dan menyediakan lebih efektif dan cepat. Harga yang dikenakan juga berpatutan dan disertakan dengan sijil halal boleh menarik ramai pelanggan.

Kazan merupakan antara bandar yang tertua di Rusia. Terletak di Sungai Volga, kira-kira 820 kilometer dari Moskow dan mempunyai populasi umat Islam yang ramai. Walaupun pelbagai agama, mereka hidup bersatu-padu dan aman damai.

Menuntut ilmu dalam bidang perubatan di luar negara dengan mudah? Tetapi tidak cukup syarat? Daulah Educonsult akan bantu anda sepenuhnya!

BACA JUGA :   Persediaan Sebelum Anda Belajar ke Luar Negara

Daulah Educonsult sebuah platform yang membantu anda menyambung pengajian tanpa mengambil kira latarbelakang pendidikan. Misi utama Daulah Educonsult adalah untuk merealisasikan impian setiap pelajar yang ingin berjaya dalam bidang akademik. Pelbagai bidang ditawarkan di Daulah Educonsult termasuk pelbagai negara antaranya ialah Poland, Mesir, Bangladesh dan banyak lagi.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Customer service 1 :0189624322

Customer service 2 :0182429322

Konsultan UtamaΒ Β Β  :Β 0132090322Β (Tuan Syed)Β 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here