Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan produk Energy Candy mengandungi bahan terlarang iaitu racun berjadual ‘tadalafil’.
Tadalafil adalah ubat terkawal yang digunakan dalam merawat pesakit yang mengalami masalah erectile dysfunction (mati pucuk). Ianya hanya boleh diberikan kepada pesakit di bawah pemantauan ahli profesional kesihatan berdaftar.
Penggunaan Tadalafil Tanpa Pengawasan Menyebabkan :
- Komplikasi pengurangan atau kehilangan pendengaran dan penglihatan .
- Penurunan tekanan darah mendadak hingga ke peringkat merbahaya
- Kesan terhadap sistem kardiovaskular (strok dan serangan jantung)
Antara produk yang terlibat adalah ExtraAli Energy Candy, Extra Strong Energy Candy dan Mixed Fruit Candy.
Larangan pengimportan telah dikeluarkan serta-merta olej KKM. Amaran turut diberikan kepada sesiapa yang masih menyimpan stok produk ini agar menghentikan pengedaran dan penjualan termasuklah menerusi dalam talian.
Tindakan yang akan dikenakan di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983 jika disabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1000,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya.
Pengguna juga dinasihatkan supaya tidak membeli produk bekenaan kerana penggunaan adalah dilarang dalam makanan mengikut akta berkenaan.
Amalkan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan bersama. Patuhi arahan KKM di musim kemuncak COVID-19 ini. Angka kematian di Hubei meningkat lagi dengan catatan sebanyak 1,800 angka korban diseluruh dunia.
Berminat melanjutkan pengajian ke luar negara? Mendaftar bersama Daulah Educonsult.
Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian
- Customer service 1 :0189624322
- Customer service 2 :0182429322
- Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)