Jakarta terkenal dengan lokasi makanan terbaik di Indonesia. Makanan Indonesia mempunyai beberapa persamaan dengan makanan Malaysia yang mempunyai citarasa nusantara.
Deenamik ingin berkongsikan beberapa restoran yang menggunakan konsep gastromolecular fine dining yang menggunakan teknik gabungan kimia dan fizik untuk mencipta makanan yang boleh dimakan.
NAMAAZ DINING
Chef di restoran ini, mencipta makanan dalam pelbagai bentuk. Antaranya seperti hidangan seperti telur yang mempunyi rasa manis sebagai dessert, sementara hidangan sabun mandi yang mempunyai rasa seperti sup. Anda perlu tempah terlebih dahulu sebelum datang ke restoran ini. Restoran ini sangat istimewa kerana setiap hidangannya mempunyai kisah di sebaliknya. Moto restoran ini adalah : it’s not ‘fine dining’, it’s ‘fun dining’!
- Kod Pakaian : Kasual Formal
- Alamat : Jalan Gunawarman No.42 Kebayoran Baru, Jakarta Selatan 12110
- Website: www.namaazdining.com
Restoran OKU Japanese
Restoran ini menawarkan gabungan hidangan Jepun moden dan tradisional. Persiapan yang sempurna semasa menyiapkan hidangan ini dengan ditemani dengan suasana yang minimalis akan mencipta suasana ketika di Jepun.
- Kod Pakaian : Semi Formal
- Alamat : Hotel Kempinski Indonesia Jl. M.H. Thamrin No.1
- Website: www.kempinski.com
VIEW by Chef Andrew Zarzosa (View Restaurant & Bar)
Hidangan di restoran ini disediakan oleh Chef Andrew Zarzosa. Disini, anda akan dapat menikmati hidangan dari Eropah dan juga Asia. Restoran ini terletak di tingkat 22 dan anda akan dapat menikmati pemandangan yang indah kota Jakarta pada waktu malam.
- Kod Pakaian : Smart Kasual
- Alamat : Fairmont Hotel Jl. Asia Afrika No.8 Gelora Bung Karno Jakarta, Indonesia 10270
- Website: www.fairmont.com
Nusa Indonesian Gastronomy
Restoran ini menawarkan hidangan tradisional Indonesia dan dimiliki oleh Chef Ragil Imam Wibowo. Nusa Indonesia Gastronomy menghidangkan hidangan yang an edible story of Indonesia. Gabungan moden dan tradisional dilihats sebagai percubaan terbaik.
- Kod Pakaian : Smart Kasual
- Alamat : Jl. Kemang Raya No. 81 Kemang, Jakarta Selatan 12730
- Website: www.nusagastronomy.com
Kesemua restoran ini terletak di Jakarta. Anda akan merasai pengalaman yang berbeza setiap kali menjamah makanan unik ini semua. Untuk ke Jakarta, terdapat dua pilihan, sama ada melalui udara, laut atau darat. Jakarta mempunyai Lapangan Terbang Antarabansga Soekarno-Hatta yang terletak di Tangerang. Jika anda memilih melalui laut jeti yang terkenal adalah Tanjung Priok manakala melalui darat adalah dengan pengangkutan awam seperti bas atau keretapi.
Berminat Melanjutkan Pengajian Di Indonesia
Mendaftar Segera Bersama Daulah Educonsult
Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian
- Customer service 1 :0189624322
- Customer service 2 :0182429322
- Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)