Makanan arab bukan sahaja boleh didapati di negara arab, malah ianya telah menapak di Malaysia dan menjadikan salah satu hidangan yang digemari masyarakat Malaysia.

Selain dari makanannya yang berbeza dengan hidangan atau makanan ruji masyarakat Malaysia, ianya juga kaya dengan rempah ratus dalam masakan.

  1. Shawarma
Sumber: Google

Antara makanan arab yang terkenal ialah Shawarma yang kebiasaannya berinti daging, ayam atau kambing. Shawarma dikenali sebagai hidangan jalanan terutamanya di Semenanjung Arab dan Mesir.

Inti ini selalunya dimasak terlebih dahulu dengan rempah ratus kemudiannya barulah dibalut dengan roti wrap. Ianya digabungkan dengan beberapa jenis sayur-sayuran seperti tomato, bawang dan sebagainya.

Sumber: Google

2. Kunafa

Kunafa ialah sejenis pencuci mulut dan rupanya seakan-akan kek. Pencuci mulut ini berintikan keju cair dan di atasnya dihiasi seperti bihun.

BACA JUGA :   Ceburi Bidang Pergigian & Farmasi di Universiti Luar Negara

Ianya dibakar dengan menggunakan ketuhar dan dimakan bersama air gula yang pekat dan cara makan adalah sama seperti Kuih Lopes.

 

3. Laban

Sumber: Google

Laban ialah sejenis susu masam atau yogurt, mempunyai tekstur yang pekat dan rasa masam.

Menurut masyarakat Arab, laban dikatakan boleh merawat demam kerana ianya mampu menurunkan suhu badan yang panas atau menyejukkan badan.

Selain diminum begitu sahaja, ianya juga boleh dicicah dengan roti, dimakan bersama nasi atau dicampurkan dengan apa-apa jenis buah-buahan.

4. Falafel

Sumber: Google

Falafel diperbuat daripada kacang tanah dan campuran rempah ratus. Falafel ini digoreng dalam minyak panas dan biasa ditemui di jalanan. Enak dimakan bersama salad, roti dan sebagainya.

BACA JUGA :   7 Fakta Menarik Tentang Poland

5. Tamis

Sumber: Google

Tamis adalah sejenis roti dan selalunya dimakan semasa sarapan pagi. Selain makan begitu sahaja, ianya boleh juga dimakan bersama kuah kacang kuda.

 

 

 

Menyimpan cita-cita dan impian untuk belajar di Mesir? Daulah Educonsult akan membantu anda dalam mencapai impian dan merealisasikan impian anda!

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Customer service 1 :0189624322

Customer service 2 :0182429322

Konsultan Utama    : 0132090322 (Tuan Syed)  

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here