Penyu adalah antara haiwan yang dilindungi. Ini kerana bilangan penyu yang semakin berkurangan disebabkan pelbagai faktor. Masyarakat yang gemar mengambil telur penyu dan mengeksport serta menjualnya adalah salah satu punca kepupusan penyu.

Sumber: Google

Pulau Jemur adalah salah satu pulau yang menjadi pendaratan penyu dan tempatnya bertelur. Lokasinya yang terletak di Indonesia iaitu dalam Wilayah Kecamatan Pasir Limau Kapas, Kabupaten Rokan Hilir Provinsi Riau.

Sumber: Google

Keindahan Pulau Jemur begitu cantik kerana mempunyai panorama yang menarik iaitu pasirnya yang putih dan airnya yang biru. Terumbu karang dan ikan disini masih terpelihara dan pelbagai spesies ikan boleh ditemui disini.

Lokasi Pulau Jemur ini tidak jauh dari Malaysia, iaitu sekitar 64,3 kilometer dari Pelabuhan Klang dan ianya berada dalam Selat Melaka.

BACA JUGA :   Medical University Of Warsaw Merupakan Universiti Yang Paling Berprestij
Sejarah

Selain dari menjadi tempat pendaratan penyu, pulau ini turut menjadi persinggahan orang terdahulu dan mempunyai beberapa khazanah lama. Antara peninggalan yang ada ialah gua pertahanan Jepun, tapak kaki yang dipercayai milik orang sakti, perigi tulang dan batu Panglima Layar.

Walaubagaimanapun, pulau ini dikatakan memilik kisahnya tersendiri. Pulau ini pernah menjadi persinggahan nelayan dan menjalankan aktiviti jual beli ikan di antara nelayan dan pedagang.

Selain itu, nelayan juga dikatakan pernah berlindung di sini daripada ribut yang melanda secara tiba-tiba. Pulau ini tidak mempunyai penduduk tetap tetapi ianya adalah pulau yang dilindungi dan dijaga.

Kisah lain yang diceritakan oleh petugas di pulau itu adalah mengenai mistik. Menurutnya, tiba waktu malam, petugas disitu kadang-kadang terdengar jelas suara orang berzikir dan menyebut nama Allah. Apapun kisahnya, yang baik kita jadikan pengajaran, yang buruk kita jadikan sempadan.

BACA JUGA :   Jana Pendapatan Pasif Melalui Safer.

Jadikan Pulau Jemur ini dalam salah satu destinasi anda apabila berkunjung ke Indonesia!

Anda seorang pelajar lepasan SPM / IGCSE / O & A Level / IB / STPM / Matriks / Asasi / STAM / Diploma @ Setaraf ingin sambung ke peringkat seterusnya? Daulah Educonsult menawarkan pelbagai bidang dan universiti kepada anda!

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Customer service 1 :0189624322

Customer service 2 :0182429322

Konsultan Utama    : 0132090322 (Tuan Syed)  

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here