Usahawan berjaya yang juga pengasas kicap jenama terkenal Jalen, meninggal dunia petang semalam. Datuk Ab Jalil Long meninggal dunia pada usia 82 tahun di Hospital Pakar KPJ Puteri, Johor Bahru.

Berita sedih itu dikongsikan menerusi laman Facebook rasmi mereka, Kicap Jalen. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.55 petang namun punca kematiannya belum dinyatakan. Jenazah dikebumikan di Taman Perkuburan Taman Kebun selepas waktu solat Isyak.

SUMBER : Facebook rasmi Kicap Jalen

Syarikat Jalen Sdn. Bhd memulakan perniagaannya pada Novemver 1981 sebagai Jalil Enterprise. Syarikat ini pada awalnya membekalkan secara kontrak kicap bagi jenama Habhal.

Namun selepas perjanjian ditamatkan pada November 1988, syarikat ini kemudiannya mengusahakan produk sendiri iaitu Kicap Jalen. Permintaan yang semakin tinggi dari pelanggan menyebabkan Jalen mendapat sambutan yang positif.

BACA JUGA :   Madrasah Daulah Peluang Pelajar Lanjutkan Pengajian Ke Mesir.

Selain kicap, syarikat ini juga mengeluarkan produk seperti sos cili, sos tomato berperisa tiram, cuka buatan, taucu masin dan juga kordial.

Pihak Deenamik ingin mengucapkan takziah ke atas keluarga Allahyarham Ab Jalil dan semoga rohnya dicucuri rahmat. Alfatihah.

Berminat Melanjutkan Pengajian Ke Luar Negara

Mendaftar Segera Bersama Daulah Educonsult

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

BACA JUGA :   Sambung Pengajian Bidang Gerontologi Di Universiti Rusia Menerusi DAULAH EDUCONSULT

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here