Deenamik ingin mengucapkan tahniah kepada pelajar lepasan STAM yang layak menyambung pengajian dalam bidang pengajian Islam di Universiti Al-Azhar, Mesir. Realisasikan impian anda bersama Daulah Educonsult.
Universiti Al-Azhar adalah sebuah universiti terulung di Mesir yang terkenal sebagai sebuah pusat pendidikan dan pusat kesarjanaan. Merupakan universiti yang tertua di Mesir iaitu wujud sekitar tahun 969 yang dibina oleh kerajaan fatimiyyah. Kerajaan ini menjadikan Kaherah sebagai pusat pemerintahannya.
Antara bidang pengajian yang ditawarkan di universiti ini adalah Usuluddin, bahasa Arab dan syariah Islam. Kesemua subjek ini diajar dalam bahasa Arab dan juga bahasa Ingegris. Ini adalah peluang anda yang mahu memantapkan skil berbahasa Arab.
![](https://images2.imgbox.com/5c/90/AU1Z7x6T_o.jpg)
Musim di Mesir adalah musim panas dan sejuk. Musim panas bermula dari bulan Mei hingga Oktober. Semasa musim panas ini, suhu boleh mencecah sehingga 30 ke 40 darjah Celsius. Pada musim sejuk pula, suhu mencecah sehingga 18 darjat Celcius.
Dari segi pengangkutan, terdapat banyak perkhidmatan pengangkutan awam yang disediakan. Antara seperti bas, tremko, teksi dan Metro. Ada antara pelajar yang membeli motorsikal. Setiap kenderaan awam ini boleh didapati dimana-mana sahaja. Setiap kali menaiki kenderaan awam, pastikan wang tunai anda mencukupi, utamakan keselamatan diri dan baca doa naik kenderaan.
Deenamik berharap anda dapat menumpukan perhatian ketika belajar dan bawa sebaiknya nama Malaysia kerana anda adalah duta kecil Malaysia.
Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian
- Customer service 1 :0189624322
- Customer service 2 :0182429322
- Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)