Sumber: Google

Bahasa arab adalah bahasa Al-Quran dimana tidak semua orang mempelajari dan memahaminya.

Tetapi, jika anda dapat menguasai bahasa arab, ianya adalah satu keistimewaan dan kelebihan yang ada pada diri anda.

Tidak semua orang berpeluang untuk mempelajari bahasa arab kerana bahasa arab di peringkat sekolah adalah pilihan dan jika belajar, mungkin tidak mendalam.

Keistimewaan umum yang kita ketahui ialah bahasa arab sebagai bahasa al-Quran, kelebihan, peluang pekerjaan dan melancong.

Antara keistimewaan lain menguasai bahasa arab ialah:

Tambah Pendapatan

Selain dari bekerja, kelebihan memahami bahasa arab boleh dijadikan sebagai pendapat sampingan dengan mengajar bahasa arab disekolah, tuisyen, menterjemahkan buku, dokumen, surat, menjadi orang tengah, menjadi jurubahasa dalam majlis dan sebagainya.

BACA JUGA :   Tradisi Menghias Wajah Yang Masih Menjadi Amalan Masyarakat Dunia
Memahami Islam Dengan Mudah

Kelebihan anda memahami bahasa arab sebenarnya boleh menjadikan anda lebih faham tentang Islam iaitu memahami Al-Quran dan As-Sunnah. Selain itu, anda juga boleh mengajarnya kepada orang lain disamping membantu mereka memahami ajaran Islam atau berdakwah.

Mengajar Anak dan Keluarga

Mudahnya untuk anda mengajar anak-anak anda dan ahli keluarga anda bahasa arab. Tidak perlu lagi mengupah atau menghantar anak-anak ke tuisyen. Tambahan, anda dapat menjimatkan perbelanjaan. Menjadikan bahasa arab sebagai bahasa harian dalam pertuturan mampu mengajar anak-anak anda petah berbicara dalam bahasa arab.

Memberikan Ketenangan

Jika kita faham dan tahu bahasa arab, pasti kita boleh membaca al-Quran dan memahaminya. Ini salah satu terapi untuk menenangkan diri anda disaat gelisah dan takut. Al-Quran dan zikir adalah ubat atau penawar kepada ketenangan jiwa.

BACA JUGA :   Universitas Hasanuddin Tawarkan Ijazah dalam Bidang Perubatan

Anda ingin belajar bahasa arab? Daulah Educonsult ada menyediakan kelas untuk anda!

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Customer service 1 :0189624322

Customer service 2 :0182429322

Konsultan Utama    : 0132090322 (Tuan Syed)  

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here