Telur adalah sumber protein yang terbaik untuk diet harian. Kuning telur mengandungi khasiat untuk kecergasan otak. Namun ramai yang tidak gemar untuk makan telur rebus. Tahukah anda telur rebus mengandungi sekitar 70 kalori, mengandungi lemak tak tepu dan vitamin D. Telur rebus juga kaya dengan potassium, zat besi, folik, vitamin E dan juga zink.

Namun, untuk menikmati hanya telur rebus, mungkin anda akan cepat bosan dan muak dengan rasanya. Oleh itu, Deenamik akan kongsikan satu resepi yang sedang viral iaitu telur rebus air asam jawa. Resepi ini sangat mudah dan enak.

Bahan Yang Diperlukan 

??‍?Telur

??‍?Bawang besar

??‍?Tomato

??‍?Asam jawa

??‍?Air suam

??‍?Cili padi

??‍?Garam dan ajinomoto secukupnya

#Cincang kesemua bahan diatas kecuali asam jawa,  garam dan ajinomoto. Perahkan asam jawa untuk dapatkan airnya. Kemudian tapiskan. 

Cara Membuatnya

  1. Rebus telur selama 7 minit dan rendam telur yang sudah direbus dalam air sejuk. Hal ini untuk memudahkan proses mengupas kulit telur itu nanti. Kemudian, belah kepada dua bahagian.
  2. Campur semua bahan cincang dan air asam jawa. Masukkan telur dan biarkan terendam di dalam bancugan tersebut. Perasakan dengan garam dan ajinomoto.
  3. Hidangkan dan telur viral sudah sedia dinikmati.

Resepi ini mempunyai rasa yang masam, masin dan juga pedas. Boleh diamalkan ketika bersarapan atau pada bila-bila masa sahaja. Kesemua bahan yang diperlukan adalah mudah didapati dan murah. Selamat menjamu selera !

Berminat Melanjutkan Pengajian Ke Luar Negara

Mendaftar Segera Bersama Daulah Educonsult

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here