Filem Sonic The Hedgehog rasmi ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia selepas ditangguhkan beberapa bulan yang lalu. Punca penangguhan adalah kerana terdapat reaksi negatif daripada peminat ekoran watak Sonic yang tidak serupa dengan watak dalam permainan video.

Sedar akan hal itu,pengarah filem, Jeff Fowler membuat kenyataan kepada Paramount dan Sega untuk melakukan perubahan terhadap watak Sonic. Selepas menjalani penambahbaikan, watak terbaru Sonic ternyata lebih baik seperti dalam permainan video.

Sinopsis Filem

Sonic adalah sebuah mahkluk yang mampu berlari dnegan laju dan mempunyai kekuasaan yang sangat luar biasa. Dia melarikan diri dari musuh yang memburunya demi kuasanya. Ibu angkatnya, memberikan cincin dan cincin tersebut hanya digunakan ketika kewujudan Sonic diketahui. Cincin itu berfungsi membawa Sonic atau sesiapa sahaja pergi ke dunia lain.

Kemudian, Dr Robotnik yang gilakan kuasa memburunya untuk merebut kuasa yang ada pada Sonic. Sonic kemudian bekerjasama dengan Tom Wachowski yang merupakan seorang sherif di Green Hills untuk mencari cincinnya yang hilang.

Filem ini bukan sahaja bergenre komedi, namun juga mempunyai mesej kekeluargaan yang tinggi dan sangat sesuai ditonton oleh semua lapisan umur.

Lakonan mantap dari semua pelakon menyokong plot cerita berjalan dengan sempurna. Latar tempat yang menarik juga sangat memainkan peranan. Bagi anda peminat permainan video ini, adalah sangat berbaloi untuk menontonnya. Jalan cerita juga ringan dan mudah difahami.

Antara barisan pelakon yang menghiasi filem ini adalah seperti Jim Carrey, James Marsden dan juga Ben Schwartz yang suaranya digunakan untuk Sonic.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here