
Masjid al-Husein adalah antara masjid yang popular di Mesir kerana adanya makam cucu Rasulullah SAW disini.
Masjid yang terletak di Mesir ini berdekatan dengan masjid al-Azhar dan pasar Khan El-Khalili. Hanya perlu berjalan kaki selama beberapa minit untuk ke pasar dan masjid al-Azhar.
Masjid ini banyak menyimpan sejarah dan kisah mengenai makam cucu Rasulullah SAW. Keluasan masjid ini boleh menampung sehingga 1,500 orang jemaah pada satu-satu masa.
Malah, masjid ini juga ada menyimpan barang-barang Rasulullah SAW iaitu rambut, pedang, jubah, celak, sejengkal potongan tongkat dan al-Quran.
Menurut riwayat, ada yang mengatakan bahawa makam ini hanya berisi kepala Sayyidina Husein. Jasadnya pula telah dimakamkan di Padang Karbala yang gugur ketika pertempuran.
Pertempuran yang berpunca dari ketidaksefahaman tentang khalifah telah menyebabkan ramai gugur dalam pertempuran ini.

Makam ini telah dipagar tinggi dan pengunjung hanya boleh melihat dari jauh. Begitu juga dengan barang-barang peninggalan Rasulullah SAW, pengunjung hanya boleh melihat gambar-gambar yang dipaparkan di dinding berdekatan makam.
Pengunjung yang datang ke masjid ini pasti tidak melepaskan peluang untuk ke Pasar Khan El-Khalili yang tidak jauh dari masjid al-Husein ini.
Jom belajar bahasa arab di Mesir! Daulah Educonsult membuka peluang kepada anda untuk belajar bahasa arab di Mesir dan Jordan!
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)