Daulah Educonsult membuka peluang kepada pelajar yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang Pengajian Islam di Mesir. Lebih tepat lagi ke Universiti Al-Azhar tanpa perlu sijil SPM @ STAM!. Menarik ?

Langkah pertama adalah dengan mendaftar sebagai pelajar di Program Madrasah Daulah dan seterusnya ke Maahad Buuth. Maahad Buuth adalah sebuah Sekolah Menengah Islam Antarabangsa Al-Azhar. Sekolah ini dikelolakan oleh Institut Al-Azhar.

Menariknya di sekolah ini, pelajar hanya perlu membeli buku sekolah, keperluan asas dan keperluan pengurusan dan juga kos sara hidup sahaja. Yuran pengajian adalah ditanggung sepenuhnya oleh Institusi Al-Azhar.

Kelebihan Menuntut Di Maahad Buuth 

Sekolah ini mempunyai pelajar dari 116 buah negara. Sebanyak 14 buah subjek diajar yang merangkumi bidang Syariah dan Akademik.

Sistem pembelajaran di Maahad Buuth mengamalkan konsep ‘lompat kelas’ yang semuanya bergantung kepada penguasaaan pelajar itu sendiri. Kebanyakan pelajar di Maahad Buuth mampu menghabiskan masa selama 3 hingga 4 tahun untuk menghabiskan tempoh pengajian disini.

BACA JUGA :   Persinggahan Penyu di Pulau Jemur
Maahad Buuth

Tambahan, pakaian untuk ke kelas adalah bebas selagi ianya menutup aurat. Kelas pelajar lelaki dan perempuan adalah berasingan bangunan. Ketika berlangsungnya kelas Syariah, pelajar akan diasingkan mengikut mazhab masing-masing.

Antara subjek yang diajar di Maahad Buuth termasuklah :

? Syariah 

  • Fiqh, Tauhid, Hadith, Khat, Nahu, Sorat, Insya’, Sirah, Imla’, Tajuid.

? Akademik

  • Sains (Biologi & Kimia), Matematik, Geografi, Sejarah, Bahasa Inggeris / Perancis, Komputer IT.

? Pembelajaran Al-Quran dan hafalannya adalah wajib. 

Pelajar Maahad Buuth kebiasannya akan fasih berbahasa Arab iaitu Fashah dan juga Amiyyah. Namun, jangan berasa pelik pula jika terdapat pelajar yang muda dan tua dalam satu kelas yang sama. ianya adalah hasil dari ‘lompat kelas’ berdasarkan keputusan peperiksaan.

Terdapat 6 tingkatan di sekolah ini iaitu Idadi 1 hingga Tsanawi 3. Selepas menamatkan pengajian di Maahad Buuth, pelajar boleh meneruskan pengajian di Universiti Al-Azhar atau boleh memohon mana-mana universiti di Mesir yang menjadi pilihan hati.

BACA JUGA :   Masjidil Haram & Masjid Nabawi Bakal Dibuka Kembali

Cuti tahunan selama 3 bulan adalah pada musim panas Mesir dan hari Jumaat dan Sabtu adalah hari cuti bagi Maahad Buuth.

Universiti Al-Azhar

Jika anda berminat, boleh jalani sesi konsultasi bersama pakar konsultan Daulah Educonsult secara percuma.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here