Ramai yang beranggapan bahawa sakit kepala hanyalah sakit kepala biasa. Namun tahukah anda, sakit kepala mempunyai banyak jenis dan akibat yang berbeza? Ingin tahu lebih lanjut? Ayuh kenal pasti apakaj jenis sakit kepala  bersama Deenamik.

SINUS

Sinus ini hanya akan menyerang ketika musim sejuk atau suhu yang lembab. Ianya bukan sekdar sakit kepala, namun turt diikuti dengan sedikit bengkak di wajah, dan juga mata akan berair.

Kebiasaannya kesakitan akan dialami di bahagian dahi, sekitar mata dan pipi. Ikuti arahan doktor dan ambil ubat mengikut preskripsi yang ditetapkan.

TEKANAN DAN STRES

Sakit kepala jenis ini adalah yang paling biasa dirasai iaitu di bahagian kiri dan kanan kepala, belakang kepala dan juga bawah leher. Pesakit boleh menggunakan aspirin atau ubat penahan sakit untuk melegakan sakit kepala jenis ini.

Ianya berlaku disebabkan wujud ketegangan otot di bahagian kepala dan juga leher. Kebiasaannya berlaku akibat tekanan, keletihan dan juga bebanan fikiran. Ianya juga boleh terjadi disebabkan oleh tekanan emosi dan juga fizikal.

BACA JUGA :   Daulah Educonsult, konsultan pelajar yang berdedikasi tinggi

Temporomandibular Joint (TMJ)

Ianya berpunca dari pengecutan otot yang berda di rahang dan akan berasa pedih di bahagian kanan dan kiri apabila rahang bergerak.

Migrain

Sakit migrain ini kebiasaannya adalah penyakit turun temurun dari keluarga. Ianya sering kali berasa sakit di bahagian sebelah kepala sahaja dan jauh lebih sakit dan lebih lama. Ada yang mengalaminya sehingga muntah dan loya. Ada juga yang sensitid terhadap cahaya dan juga bunyi. Jika masih berpanjangan, sila dapatkan nasihat doktor.

CLUSTER

Kesakitan jenis ini selalunya dirasai di sekitar bahagian mata yang menyebabkan mata dan hidung berair. Kebiasaannya lelaki cenderung untuk mengelami sakit kepala jenis ini berbanding wanita. Ianya boleh menyerang sehingga berjam, hari dan juga bulan.

ALAHAN

Alahan adalah punca utama sakit kepala yang disebabkan oleh sinus dan juga tekanan di kepala. Anda akan mengalami hidung gatal, mata berair dan juga sakit bahagian kerongkong. Dapatkan ubatan dan nasihat doktor segera.

BACA JUGA :   Kemasukan Ke Universiti Di Peringkat Ijazah Sarjana Muda Boleh Dimohon Menggunakan Keputusan Percubaan SPM

Deenamik nasihatkan anda untuk berjumpa dan dapatkan nasihat doktor untuk mengetahui dengan lebih terperinci tentang sakit kepala yang dihadapi anda.

Berminat melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan? Mendaftar segera bersama DAULAH EDUCONSULT segera.

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here