Isnin lepas, bersamaan dengan 9 Mac 2020, DAULAH EDUCONSULT telah menghantar seramai 16 orang pelajar untuk melanjutkan pengajian ke Rusia. Mereka berpeluang melanjutkan pengajian dalam bidang pra-perubatan dan perubatan di Kursk State Medical University.
Para pelajar dan ibu bapa berkumpul seawal jam 7 malam di Lapangan Terbang Antarbangsa Kuala Lumpur. Mereka berlepas pada jam 11.40 malam. Kesemua mereka dilihat begitu gembira dan bersemangat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Kursk State Medical University
Kursk State Medical University (KSMU) ditubuhkan pada 7 Februari 1935 dan merupakan antara TOP 10 universiti perubatan di Rusia. KSMU adalah antara universiti yang menawarkan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris.
Universiti ini menawarkan bidang pengajian Pra-Perubatan, Perubatan dan juga Social Works atau Gerontologi. Pelajar lepasan SPM adalah digalakkan untuk melakukan permohonan. Namun pelajar lepasan IGCSE/O-Level/Matriks/Asasi/STPM/A-level/IB/Diploma @ setaraf juga boleh memohon.
KSMU adalah universiti yang menawarkan sistem LOCK CURRENCY. Ianya bermaksud tidak akan wujud sebarang lebihan atau kekurangan yuran pembelajaran walaupun nilai Ringgit mengalami kadar turun dan naik.
Maklumat tambahan, universiti ini diiktiraf oleh WHO, GMC, MMC, MQA dan juga JPA. Pelajar terawal akan mendapat White Lab Coat dan Text Book SECARA PERCUMA.
Berminat? Daftar segera bersama Daulah Educonsult sementara peluang masih dibuka. Sesi kemasukan seterusnya adalah pada bulan September.
Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian
- Customer service 1 :0189624322
- Customer service 2 :0182429322
- Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)