Program Madrasah Daulah merupakan program persediaan untuk pelajar yang akan menuntut di Maahad Buuth Al-Azhar iaitu Sekolah Menengah Antarabangsa Al-Azhar di Mesir. Selepas pelajar selesai menuntut di Maahad Buuth Al-Azhar, mereka akan menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Al-Azhar.

Program ini merangkumi pembinaan akhlak, karakter dan keperibadian mulia. Selain itu, ia juga memberi perhatian terhadap pembinaan keilmuan secara menyeluruh, meliputi ilmu-ilmu syarak, ilmu-ilmu serta kemahiran yang lain. Program ini juga turut menekankan aspek pembentukan ‘syakhsiyyah azhariyyah’ yang bermaksud keperibadian seorang ‘Azhari’ dan menghayati manhaj Al-Azhar As-Syariff dengan penghayatan yang mendalam.

Syarat Kelayakan Program Madrasah Daulah:

1. Berumur 18 sehingga 21 tahun.

BACA JUGA :   TIPS MELANCONG SEORANG DIRI

2. Mempunyai minat yang mendalam untuk menuntut ilmu.

3. Mampu untuk mengikuti syarat yang ditetapkan oleh pihak madrasah.

Anda berminat untuk mengetahui dengan lanjut tentang Program Madrasah Daulah dan cara untuk mendaftar?. Daulah Educonsult sedia membantu anda.

Daulah Educonsult sentiasa bersedia memberikan khidmat nasihat kepada mereka yang memerlukan, khususnya hala tuju untuk menyambung pengajian ke luar negara. Untuk maklumat lanjut, terus hubungi konsultan terlatih kami dan dapatkan konsultasi secara PERCUMA di talian:

Konsultan Athirah: 0183949480

Customer Service: 0189624322

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here