Statistik kes pandemik COVID-19 yang dicatatkan di Malaysia setakat hari ini adalah sebanyak 790 kes dan 2 kematian. Statistik menunjukkan peningkatan setiap hari dengan sangat pantas. Negeri Selangor mencatatkan catatan tertinggi kes wabak pembunuh ini dengan 192 kes diikuti dengan Kuala Lumpur dan Putrajaya iaitu 119 kes.

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru seluruh rakyat Malaysia agar mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan kerajaan. Pengumuman tersebut dibuat menerusi Perutusan Khas malam tadi. Deenamik cadangkan agar anda sentiasa mengamalkan kebersihan dan “stay put where you are” agar dapat mengurangkan risiko penyebaran.

Kali ini, Deenamik ingin berkongsi kepada anda langkah-langkah yang perlu dilakukan ketika menghadapi Pandemik COVID-19 ini.

Sentiasa Jaga Kebersihan Diri

Sentiasa mencuci tangan dengan langkah yang betul sekurang-kurangnya selama 20 saat setiap kali mencuci tangan. Anda juga boleh gunakan hand sanitizer yang mempunyai 60% kadar alkohol jika anda tidak sempat untuk mencuci tangan. Gunakan hand sanitizer yang sesuai.

Batuk & Bersin Secara Dab

Batuk dan bersin juga ada cara yang betul. Lakukan secara dab iaitu dengan menggunakan siku untuk mengelakkan titisan air hasil dari batuk dan bersin tersebut tersebar kepada orang lain. Pandemik COVID-19 mudah tersebar melalui titisan air dengan proses penyentuhan dan bukannya melalui udara.

BACA JUGA :   Lembah Klang Adalah Penyumbang Terbesar Kepada 2234 Kes COVID-19 Di Malaysia Semalam

Social Distancing

Elakkan bersalam tangan dengan orang lain dalam tempoh Pandemik COVID-29 ini. Hal ini demikian kerana wabak ini mudah tersebar melalui sentuhan. Jarakkan diri anda dengan orang lain iaitu sekurang-kurangnya 1 meter. Sentiasa patuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa selama 2 minggu ini.

Elakkan berkunjung dan menyertai perhimpunan secara beramai-ramai dan juga sila duduk di rumah jika anda berasa kurang sihat serta segera dapatkan nasihat doktor. Kawal diri anda dari menyetuh muka terutama bahagian mata dan hidung dan sila pakai penutup mulut dan hidung yang mematuhi piawaian.

Jangan Panic Buying

Pembelian secara panik menyebabkan stok yang sepatutnya cukup semakin berkurangan. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan pembaziran dan juga penyebaran COVID-19 semakin aktif. Kerajaan juga telah menjamin bahawa akan memastikan stokk makanan dan bahan mentah serta keperluan asas yang lain mencukupi. Oleh itu, berpada-pada ketika melakukan pembelian.

Melakukan Penyebaran Berita Palsu

Sebelum berkongsi sesuatu maklumat mengenai Pandemik COVID-29, sila lakukan kajian terlebih dahulu sebelum menyampaikan berita tersebut kepada orang lain. Penyebaran berita palsu boleh menyebabkan masyarakat bertambah panik dan keadaan untuk mengawal penyebaran wabak ini semakin sukar dilakukan. Oleh itu, sebelum anda klik butang share, pikir dan kaji terlebih dahulu.

BACA JUGA :   Kemungkinan PKPD Akan Dilaksanakan Di Lembah Klang - Ismail Sabri

Peniaga Elakkan Penjualan Secara Melampau

Umum mengetahui, penutup muka dan hidung serta hand sanitizer sangat laris dan lau di pasaran pada masa kini. Stok sering kehabisan dan penjual turut menaikkan harga jualan secara melampau. Pengguna yang panik tiada pilihan lain selain terpaksa membeli. Founder produk juga sudah mula mengeluarkan hand sanitizer dengan jenama masing-masing. Fikirkan hak pengguna sebelum menjual produk anda.

Tolong patuhi arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan sentiasa amalkan pembersihan diri.

Berminat Melanjutkan Pengajian Dalam Bidang Yang Diminati

Mendaftar Bersama Daulah Educonsult

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring

dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here