Ingin melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar namun tidak mempunyai sijil SPM dan STAM? Kini anda boleh melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar melalui Program Madrasah Daulah dan juga Maahad Buuth. Namun anda perlu menjalani sesi konsultasi secara percuma bersama DAULAH EDUCONSULT untuk info lebih lanjut.
Madrasah Daulah
Madrasah Daulah ada sebuah program yang bertujuan untuk mendidik, mengurus dan mengawal pelajar yang sedang membuat persediaan untuk menuntut ilmu di Maahad Buuth.
Maahad Buuth
Maahad Buuth ialah sebuah Sekolah Menengah Islam Antarabangsa Al-Azhar yang terletak di Mesir. Sekolah ini bersifat “Sekolah Kebajikan” kerana pelajar hanya dikehendaki membeli buku sekolah, keperluan asas dan juga keperluan pengurusan. Walaupun kos sara hidup ditanggung oleh pelajar sendiri, namun yuran pengajian dan guru pula ditanggung sepenuhnya oleh Institusi Al-Azhar.
Berminat untuk mendaftar sebagai pelajar Madrasah Daulah? Klik pautan ini Madrasah Daulah
ATAU
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian
- Customer service 1 :0189624322
- Customer service 2 :0182429322
- Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)
Siapakah DAULAH EDUCONSULT
Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.
