Mengikut jadual asal, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepatutnya akan berakhir dalam tempoh lima hari lagi.
Namun ia dilanjutkan sehingga 14 April depan berikutan perintah kerajaan. Hari ini merupakan hari kesembilan PKP sejak ia dilaksanakan pada 18 Mac lalu.
Berikutan itu, orang ramai dinasihatkan untuk menyusun semula jadual dan lakukan aktiviti bermanfaat dirumah sepanjang tempoh PKP.
Ia adalah bertujuan untuk memastikan Malaysia dapat menangani sepenuhnya COVID-19 ini.
Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata dalam perutusan khas semalam, PKP diumumkan lebih awal agar rakyat lebih bersedia dengan tempoh lanjutan itu.
Kerajaan telah mengambil langkah dengan mengumumkan pelbagai inisiatif bagi memastikan rakyat memperolehi manfaat tidak kira apapun pekerjaan mereka.
Satu lagi pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat bakal diumumkan esok oleh Perdana Menteri Malaysia.
Dalam pada itu, menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata sepanjang tempoh PKP ini kadar indeks jenayah telah menurun sebanyak 70 peratus di seluruh negara.
Namun begitu, jenayah seperti kes pecah rumah dan kecurian motorsikal masih aktif.
Masih mencari tempat untuk sambung belajar?
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian
- Customer service 1 :0189624322
- Customer service 2 :0182429322
- Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)