COVID-19 mencatatkan lagi satu kematian pagi ini dan menjadikan kematian sebanyak 21 orang.  Mangsa tersebut adalah seorang lelaki dan merupakan warganegara Malaysia berusia 63 tahun.

Kerajaan telah mengambil keputusan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga 14 April. Tempoh dilanjutkan berikutan susulan kes positif COVID-19 yang semakin meningkat.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata semalam secara lintas langsung dan keputusan perlanjutan itu dimaklumkan dengan lebih awal agar rakyat mampu membuat persediaan awal.

“Pola ini dijangka akan berterusan untuk beberapa ketika sebelum kes-kes baharu mula menurun. Ini menuntut kerajaan untuk meneruskan PKP bagi satu tempoh yang lebih lama,”.

Tambahnya, beliau turut mengarahkan semua kementerian untuk membuat persiapan rapi bagi mengurus keperluan asas rakyat sepanjang tempoh PKP berkuat kuasa.

“Semua keperluan asas mestilah sentiasa tersedia dan mencukupi, termasuk bekalan makanan, elektrik serta air. Perkhidmatan kutipan sampah dan pembetungan, kemudahan komunikasi serta logistik, keselamatan dan ketenteraman awam juga termasuk dalam aspek ini,”

Menurut belia, tahap pematuhan mencapai 95 peratus. Hal ini dapat dilihat dengan jalan raya yang lengang, pusat beli belah ditutup, pusat rekreasi dan taman juga ditutup.

Namun, masih terdapat rakyat Malaysia yang masih ingkar dengan arahan tersebut dan tindakan tegas terpaksa diambil oleh pihak berkuasa. Pihak polis dan tentera dikerah untuk mengambil tindakan terhadap rakyat Malaysia yang degil.

Rakyat Malaysia, patuhi segala peritah dan arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia. Sentiasa jaga kebersihan dan duduk sahaja di rumah.

BACA JUGA :   Budaya Tersendiri Rusia

Daulah Book Store sedang melakukan penjualan buku secara harga runtuh. Mereka menawarkan harga dengan diskaun yang sangat tinggi. Tunggu apa lagi, lakukan pembelian sekarang.

https://shopee.com.my/daulahilmi

https://shopee.com.my/daulahilmi

https://shopee.com.my/daulah

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here