Kebanyakan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengimpikan sambung belajar dalam bidang Pengajian Islam di luar negara terutama sekali di Timur Tengah Mesir. Walaubagaimanapun, syarat di Mesir agak tinggi dan hanya boleh dimohon oleh lepasan SPM dan STAM sahaja. Syarat kelayakannya adalah SPM sekurang-kurangnya minimum B bagi subjek BM, BI, Math, Quran Sunnah, Syariah Islamiah dan Bahasa Arab. Manakala bagi lepasan STAM adalah minimum Jayyid.

Tahukah anda selain pengajian Islam di Mesir, Daulah Educonsult juga ada tawarkan bidang Pengajian Islam di Indonesia. Daulah Educonsult sedia membantu anda dari segi permohonan dan pengurusan lanjut. Universiti yang ditawarkan adalah Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim, Riau Pekanbaru.

Tentang Universiti

Universitas Islam Negeri (UIN) Sultan Syarif (SUSKA) adalah universiti awam di Pekanbaru, Riau, Indonesia. Ia telah ditubuhkan pada 4 Januari 2005. Sebelum tahun 2005, namanya adalah IAIN Sultan Syarif Kasim Riau dan diubah oleh Keputusan Menteri Agama Indonesia No.8 tahun 2005. Rektor saat ini adalah Prof. Dr. H. Munzir Hitami, M.A.

Pada awal penubuhan UIN SUSKA hanya terdiri daripada 3 fakulti sahaja iaitu Tarbiyah, Syariah dan Usuluddin. Kemudian ia terus berkembang dan kini Universiti Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau mempunyai beberapa fakultas:

  • Fakulti Tarbiyah dan Keguruan
  • Fakulti Syari’ah dan Undang-Undang
  • Fakulti Ushuluddin
  • Fakulti Dakwah dan Komunikasi
  • Fakulti Sains dan Teknologi
  • Fakulti Psikologi
  • Fakulti Ekonomi dan Sosial
  • Fakulti Pertanian dan Ladang
  • Program Sarjana dan Kedoktoran

  • Kemudahan dan fasiliti

UIN SUSKA memiliki Pusat Kuliah, Pusat Kegiatan Mahasiswa, Asrama Mahasiswa, Bangunan Laboratarium, Islamic Centre, Pusat Kajian Islam dan Pusat Kegiatan Penguatan Karesterik Kesilaan Mahasiswa, dan perpustakaan.

Selain itu, UIN SUSKA mempunyai Pusat Bahasa untuk membantu pelajar menguasai Bahasa Asing seperti Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.

Pengiktirafan

UIN SUSKA telah diiktiraf oleh KPT dan MQA. Boleh semak pengiktirafan di website Sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam.

Universiti Islam Negeri Sultan Syarif Kassim (UIN SUSKA) sedang membuka permohonan kepada pelajar lepasan SPM dalam Program Ijazah Sarjana Muda bagi sesi September 2020. Ini adalah peluang untuk anda sekiranya anda kurang menepati syarat ke Mesir. Bukan sahaja lepasan SPM yang boleh memohon, lepasan STAM/Matriks/Asasi/Diploma/A-level/setaraf juga diberi peluang untuk memohon dalam Ijazah Sarjana Muda di UIN SUSKA.

Pelajar lepasan SPM sesi kemasukan 2019

JOM SAMBUNG BELAJAR DI UIN SUSKA BERSAMA DAULAH EDUCONSULT

Daulah Educonsult Sdn Bhd antara platform yang boleh anda percayai dan merupakan AGENT terbaik yang boleh menguruskan dan membantu anda untuk mendapatkan tawaran belajar ke universiti ini. Daulah Educonsult akan memberi khidmat nasihat dan sesi konsultasi secara percuma mengenai tawaran ini. Apa tunggu lagi?

 Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :- Customer service 1 :0189624322 Customer service 2 :0182429322 Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed) Konsultan Pendidikan : 011-14307825 (Cik Farhana)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here