Kerajaan Negeri Selangor melaksanakan satu program iaitu ‘Selangor Agro Market’ di beberapa buah lokasi di Selangor yang bermula esok.

Ia adalah untuk memastikan penduduk di negeri itu dapat membeli pelbagai jenis sayuran dan buahan segar dengan harga yang berpatutan.

Gambar Sekadar Hiasan

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari  langkah itu dilakukan kerana ada pihaknya mengesan kewujudan masalah dalam rantaian pembekalan barangan berkenaan.

Hal itu telah menyebabkan berlakunya lambakan sayuran dan buahan tidak terjual di pasaran.

Lambakan itu akhirnya akan membawa kepada pembaziran. Justeru itu Selangor Agro Market menjadi lokasi penyimpanan dan jualan barangan keperluan seperti sayuran, bawang, kentang, cili dan sebagainya.

BACA JUGA :   Kursk State Medical University Pilihan Pelajar Sambung Belajar Di Luar Negara.

Selain itu, langkah ini juga dilihat dapat membantu golongan petani agar rantaian bekalan tidak putus.

Peruntukan RM1 juta disediakan dalam bentuk dana kitaran oleh kerajaan negeri. Ia adalah bertujuan untuk penyimpanan dan jualan di lokasi terpilih.

Program fasa pertama dibawah Pakej Rangsangan Selangor Prihatin diselaraskan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang berkonsepkan prapesanan atau jumpa terus (walk in)

Manakala fasa kedua pula akan diumumkan minggu hadapan kerana ia melibatkan perbincangan dengan pasar raya utama bertujuan membekal dan mengedar barangan berkenaan.

Beberapa buah lokasi yang menjual bahan mentah iaitu di Pusat Operasi FAMA Dengkil, Puchong, Kuala Selangor dan Sabak Bernam, My Farm Outlet Putrajaya dan pasar borong tani Selayang.

BACA JUGA :   Minat Melancong Ke Luar Negara? Jom Terbang Ke Makassar, Indonesia

Pembelian secara pesanan atas talian juga disediakan iaitu di laman web www.agrobazaar.com.my.

Pembeli boleh mengambilnya di tiga lokasi iaitu di Holysmoke Cafe Seksyen 13 Shah Alam, Restoran Mak Uda Seksyen 15 Shah Alam dan Mad About Cafe Petaling Jaya.

Jom sambung belajar dengan Daulah Educonsult!

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Customer service 1 :0189624322

Customer service 2 :0182429322

Konsultan Utama    : 0132090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here