Bidang pengajian veterinar sudah semakin diminati oleh para pelajar untuk melanjutkan pengajian. Tambahan, mereka peka dengan permintaan kerjaya dalam bidang ini. DAULAH EDUCONSULT membuka tawaran pengajian bidang veterinar di luar negara. Antaranya di negara Indonesia dan juga negara Bangladesh.

Ingin tahu universiti apa? Teruskan membaca bersama Deenamik.

Institut Pertanian Bogor, Indonesia

Dibina pada 1 September 1963 sebagai badan pendidikan yang berfungsi sebagai pemikir dalam bidang pertanian, biosains, veterinar, perubatan dan sebagainya.

Fakulti veterinar di Institut Pertanian Bogor ini adalah salah satu daripada 8 fakulti yang terdapat di institut ini. Antara fasiliti yang terdapat di fakulti ini adlaah “teaching animal hospital” yang merupakan hospital haiwan yang dilengkapi dengan kemudahan yang terkini dan canggih.

Bangladesh Agricultural University

Universiti ini dibina pada 18 Ogos 1961 dengan kekuatan tenaga pengajar seramai 30 orang dan juga 23 jurusan di bawah dua fakulti. Universiti ini terletak kira-kira 120 kilometer dari Dhaka yang merupakan ibu kota bagi Bangladesh.

BACA JUGA :   Dhaka Dental College & Hospital , Universiti Pergigian Bangladesh

Perpustakaan di universiti ini dilengkapi dengan koleksi rujukan yang hampir 192,978. Terdapat juga dewan pelajar, auditorium moden, dewan persidangan, gimnasium, kompleks sukan, taman botani dan banyak lagi untuk kemudahan para pelajar.

Tawaran ini terbuka kepada  pelajar lepasan Trial @ lepasan SPM/IGCSE/O-Level/Matriks/Asasi/STPM/STAM/A-level/IB/Diploma @ setaraf

Syarat Kelayakan :

Bagi lepasan SPM : Lulus semua subjek.

Bagi lepasan ASASI/IGCSE/MATRIKS/STPM/A-level/IB/Diploma @ setaraf : CGPA 3.0.

Namun jika anda tidak mencapai CGPA 3.0, boleh jalani sesi konsultasi secara percuma bersama konsultan DAULAH EDUCONSULT.

Kemasukan seterusnya adalah pada September 2020 manakala bagi ekamsukan ke universiti di Bangladesh adalah pada Januari 2021. Namun anda sudah boleh melakukan pendaftaran mulai sekarang.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

BACA JUGA :   Patut ke Pelajar Kuasai Bahasa Asing? Apa Kelebihannya?

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here