Rakyat Malaysia diingatkan hanya boleh bergerak dalam radius 10 kilometer sahaja dari kediaman masing-masing dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Biarpun ia hanya bertujuan untuk membeli ubat-ubatan, makanan atau keperluan asas.

Perkara itu dinyatakan dalam syarat pergerakan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Selain itu, syarat itu juga menyatakan bahawa tidak boleh ditemani orang lain atau keluar berdua kecuali dengan alasan munasabah.

Begitu juga dengan perkhidmatan jagaan kesihatan dan perubatan. Pergerakan penduduk tidak boleh melebihi 10 kilometer.

Ia tidak boleh ditemani kecuali alasan munasabah dan juga paling hampir dengan kediaman.

Dalam melaksanakan tugas rasmi, akta itu menyatakan rakyat Malaysia hendaklah mengemukakan surat kebenaran daripada majikan.

BACA JUGA :   23 Kluster Berpunca Daripada Sabah.

Ia perlu ditunjukkan kepada seorang pegawai diberi kuasa jika ia memintanya sebagai bukti.

Keperluan untuk bergerak membeli makanan dan pengendali perniagaan juga perlu dijalankan secara pandu lalu, bawa pulang atau penghantaran sahaja.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here