Umum mengetahui, Perintah Kawalan Pergerakan telah dilanjutkan sehingga 14 April 2020. Hal ini berikutan untuk mencegah rantaian wabak ingin daripada terus merebak. Namun, masih terdapat peningkatan dari segi kematian dan juga kes baru. Setakat ini, kes yang disahkan adalah sebanyak 3,793 dan kematian pula sebanyak 62 kematian. Negeri Selangor mencatatkan kes yang tertinggi di Malaysia.

Disebabkan perintah kawalan ini dilancarkan, ramai rakyat Malaysia yang kehilangan pekerjaan dan juga situasi panic buying yang berlaku. Namun tahukah anda, terdapat beberapa badan yang menawarkan bantuan kewangan dan juga diskaun dari segil bil dan sebagainya bagi rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan khususnya dari segi kewangan.

Untuk maklumat lanjut, teruskan membaca entri Deenamik kali ini. Semoga dapat membantu.

Diskaun Bil Elektrik

Mulai 1 April 2020, rakyat Malaysia akan diberikan diskaun bil elektrik selama tempoh 6 bulan. Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan diskaun sebanyak 15 peratus bagi penggunaan elektrik kepada enam sektor perniagaan terpilih.

Antaranya seperti hotel, agensi pengembaraan dan pelancongan, kompleks membeli-belah, pusat konvensyen, taman tema dan juga pejabat syarikat penerbangan tempatan. Bagi pengguna domestik atau rumah kediaman akan menikmati penjimatan elektrik melalui pemberian sebanyak 2 peratus dalam tempoh yang sama.

Penangguhan Pembayaran Balik PTPTPN

PTPTPN memaklumkan kepada semua peminjam bahawa mereka bakal menikmati penangguhan pembayaran balik selama 6 bulan. Penangguhan ini akan memberikan manfaaat kepada hampir 1.5 juta peminjam PTPTPN yang sepatutnya membayar kembali pinjaman mereka.

Penangguhan Bayaran Balik MARA

Pihak MARA juga turut mengumumkan penangguhan pembayaran kembali balik pinjaman pelajaran selama 3 bulan serta penangguhan pembayaran perniagaan selama 6 bulan. Penyewa premis bakal menikmati diskaun sebanyak 30 peratus.

Sebarang maklumat lanjut, sila layari http://www.mara.gov.my atau hubungi MARA Call Center 03-2613 2000.

Bantuan Khas NADMA

NADMA atau Agensi pengurusan Bencana menyediakan bantuan RM100 sehari sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Bantuan ini hanya akan diberikan secara one off iaitu diberikan sekali sahaja sepanjang tempoh penularan wabak COVID-19.

https://semakanonline.com/bantuan-khas-covid-19/

Bantuan RM600 PERKESO

PERKESO melalui Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) menyediakan bantuan sebanyak RM600 sebulan kepada pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji akibat wabak COVID-19. Bantuan ini hanya untuk mereka yang bergaji bulanan RM4,000 ke bawah sahaja termasuklah pekerja sambilan yang mencarum SIP.

Pengeluaran RM500 Sebulan KWSP Akaun 2

Kerajaan Malaysia pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membenarkan pencarum KWSP untuk mengeluarkan RM500 sebulan dari akaun 2 melalui Program i-Lestari KWSP. Inisiatif ini tertakluk kepada jumlah RM500 sebulan selama 12 bulan yang hanya membabitkan pencarum di abwah usia 55 tahun.

Penangguhan Bayaran Cukai

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah membenarkan penangguhan bayaran anggaran cukai bagi tempoh enam bulan yang bermula 1 April 2020 hingga 30 September 2020. Penangguhan ini adalah bagi pembayar cukai di abwah sektor pelancongan iaitu agensi pelancongan, pengusaha hotel dan juga syarikat penerbangan.

Hal ini berikutan, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 untuk mengatasi impak ekonomi kesan daripada wabak COVID-19.

Penangguhan Bayaran Ansuran Bank

Bank Negara Malaysia telah membenarkan pelanggan perbankan mereka termasuklah individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk menangguhkan pembayaran balik pinjaman sedia ada mereka. Hal ini termasuklah gadai janji dan sewa beli bagi tempoh masa enam beli.

Bantuan Zakat

Terdapat beberapa pusat zakat negeri telah emngumumkan bantuan bagi membantu meringankan beban orang awam susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak ini. Peruntukan bantuan khas ini adalah khusus untuk keluarga B40 yang terjejas sumber pendapatan.

Diharapkan dengan sedikit perkongsian ini dapat membantu anda sedikit sebanyak sepanjang menempuh tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.

 

 

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here