Peluang melanjutkan pengajian ke luar negara terutamanya dalam bidang perubatan adalah pengalaman yang sangat berharga dan perlu dirasai dengan sebaiknya. Namun ada yang berpendapat dugaan melanjutkan pengajian ke luar negara adalah untuk individu atau golongan benar-benar hati kering. Namun, sedarkah anda, pengalaman itu sejujurnya mematangkan.

Setuju? Ayuh teruskan membaca bersama Deenamik kerana kali ini Deenamik ingin berkongsi sedikit makluamt mengenai satu universiti di Rusia yang menawarkan pengajian dalam bidang perubatan.

Selain Kursk State Medical University, Volgograd State Medical University juga agak popular dalam terutama dalam kalangan pelajar Malaysia. Universiti ini menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Perubatan. Tempoh pengajian kebiasaannya adalah selama 6 tahun. Ingin tahu bagaimana langkah yang perlu dilakukan untuk menjadi pelajar di universiti ini? DAULAH EDUCONSULT sedia membantu anda.

Volgograd State Medical University

Universiti perubatan ini terletak di Volgograd dn dibina pada tahun 1935. Pada awalnya universiti ini dikenali sebagai Stalingard Medical Institute. Universiti ini telah mendapat pengiktirafan dari WHO, MMC, MQA, JPA dan juga KPT. Oleh itu anda tidak perlu risau jika sijil anda tidak laku untuk mencari pekerjaan kelak.

BACA JUGA :   Tawaran Melanjutkan Pengajian Dalam Bidang Sains Kesihatan Di Indonesia

Volgograd State Medical University merupakan antara universiti yang mempunyai ranking tertinggi di kalanagan universiti perubatan di Rusia. Universiti ini mempunyai tenaga bpengajar yang berpengalaman seramai 763. Selain itu, universiti juga menjalankan usaha sama dengan UNESCO, WHO, World Federation for Medical Education, British Council dan United States Agency for International Development.

ama penginapan. Bangunan asrama yang disediakan terdapat sehingga 7 buah bangunan. Asrama untuk lelaki dan perempuan adalah berasingan. Asrama ini menyediakan bilik kongsi dan juga persendirian. Terdapat juga cafe dan acara tahunan yang sering diadakan untuk keselesaan pelajar.

Contoh bilik yang disediakan oleh pihak universiti

Terdapat juga pusat sukan disediakan untuk kegunaan pelajar. Antaranya seperti gim dan bangunan sukan untuk indoor dan juga outdoor. Setiap tahunterdapat acara tahunan seperti perlawanan kriket yang dianjurkan oleh pelajar India dan juga Malaysia.

BACA JUGA :   Sesi Kemasukan September di Universiti Terbaik

Pelajar lepasan SPM/IGCSE/O-Level/Matriks/Asasi/STPM/A-level/IB/Diploma @ setaraf. Bagi pelajar lepasan SPM dan A-Level anda perlu sekurang-kurang B dalam semua subjek sains. Bagi lepasan Matriks, STPM, Asasi CGPA perlu 3.00.

Namun jika anda tidak menepati syarat kelayakan seperti di atas, jalani sesi konsultasi secara percuma bersama DAULAH EDUCONSULT untuk mereka bantu anda melayakkan diri ke universiti yang sesuai dengan kelayakan akademik anda.

Berminat? Daftar segera bersama DAULAH EDUCONSULT, pakar konsultasi terbaik anda.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here