Pemain Liga Perdana Inggeris (EPL) telah mengumumkan satu inisiatif bahawa pengumpulan dana akan dilakukan.

Pierre-Emerick Aubameyang (kiri) & Harry Kane (kanan)

Pengumpulan dana tersebut akan disalurkan kepada Perkhidmatan Kesihatan Britain (NHS) ekoran pandemik COVID-19.

Idea yang tercetus itu dinamakan #PlayerTogether ia ditubuhkan bagi membantu barisan hadapan NHS dalam memerangi COVID-19.

Menurut kumpulan pemain itu, inisiatif itu diwujudkan adalah sukarela dan tiada kena-mengena dengan saingan liga atau kelab.

Antara pemain yang berkongsi usaha ialah kapten Liverpool, Jordan Henderson, penyerang, Tottenham Hotspur, Harry Kane dan pemain Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang.

Pada awal minggu lalu, Liga Perdana mencadangkan pemotongan gaji sebanyak 30 peratus.

Tetapi Persatuan Bola Sepak Professional England (PFA) menegaskan langkah itu boleh memberi impak ke atas NHS kerana mengurangkan kadar potongan cukai.

BACA JUGA :   SAMBUNG PENGAJIAN ANDA DI LUAR NEGARA DENGAN "TRIAL" SPM SAHAJA

Menurut Menteri Kesihatan Britain pula, Matt Hancock ialah antara ahli politik yang menggesa pemain untuk menerima pemotongan gaji mereka.

Pengerusi Persatuan Bola Sepak Inggeris, Greg Clarke turut menggesa pemain dan peminat agar berkongsi beban untuk memastikan bola sepak dapat dihidupkan semula.

Sumber: Berita Harian

Anda lepasan SPM/STPM/STAM yang masih mencari tempat sambung belajar? Jom pilih Daulah Educonsult !

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here