Anda sedang menghadapi masalah iaitu keliru untuk memilih bidang pengajian yang sesuai dengan keputusan peperiksaan anda? Berminat melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di luar negara namun tidak mahu terlalu jauh dari keluarga?
DAULAH EDUCONSULT sedia membantu anda. Indonesia adalah antara negara yang menawarkan universiti awam yang bertaraf antarabangsa. Tambahan universiti yang ditawarkan juga sudah mendapat pengiktirafan dari WHO, KPT, MQA, JPA, MMC, MDC, dan MVA.
Ingin tahu dengan lebih lanjut bidang pengajian dan universiti yang ditawarkan? Teruskan membaca bersama Deenamik.
Universitas Sumatera Indonesia
Universita ini merupakan antara pilihan utama dan terpopular dalam kalangan pelajar Malaysia untuk melanjutkan pengajian ke Ijazah Sarjana Muda. Universiti yang terletak di Medan ini menawarkan bidang pengajian Pergigian, Farmasi dan juga Perubatan.
Universitas Airlangga
Terletak di Surabaya dan merupakan antara universiti yang tertua di Indonesia. Menawarkan bidang pengajian Perubatan, Pergigian, Farmasi dan juga Veterinar.
Universitas Hasanuddin
Ditubuhkan pada 28 Januari 1956, universiti yang terletak di Makasar ini menawarkan bidang Perubatan kepada para pelajar yang berminat. Tempoh pengajian adalah selama 5 tahun.
Universitas Padjadjaran
Universiti yang lebih dikenali sebagai UNPAD ini ditubuhkan pada 11 September 1957. Dilengkapi dengan penginapan pelajar, perpustakaan, Hospital Pergigian oral, kemudahan sukan seperti gim, stadium dan sebagainya untuk keselesaan pelajar. Universiti ini menawarkan bidang Farmasi.
Universitas Gadjah Mada
Universiti awam ini bersifat nasional. Mempunyai misi untuk melaksanakan pendidikan, penelitian dan juga pengabdian kepada masyarakat. Fasiliti dan kemudahan yang disediakan seperti stadium, perpustakaan, asrama, pusat pelajar dan sebagainya adalah selesa untuk pelajar. Bidang yang ditawarkan adalah Veterinar.
Universitas Andalas
Universiti ini menawarkan bidang pengajian Perubatan, Farmasi dan Pergigian. Universiti yang terletak di Padang, Indonesia. Dilengkapi dengan masjid, kemudahan olahraga, asrama dan lain-lain untuk kemudahan dan keselesaan pelajar.
Ramai pelajar dari Malaysia yang memilih untuk melanjutkan pengajian ke Indonesia atas beberapa faktor. Antaranya seperti tempoh perjalanan yang singkat, makanan dan budaya yang lebih kurang sama dan juga agama rasmi negara republik itu adalah agama Islam.
Berminat? Daftar segera bersama DAULAH EDUCONSULT sebelum kuota yang dibuka penuh. Kemasukan seterusnya adalah pada bulan September 2020.
Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir, Poland, Rusia, Indonesia, Turki, Bangladesh dan sebagainya. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Farmasi, Pergigian, Gerontologi, Akaun, Kejuruteraan Pesawat, Perniagaan Antarabangsa, Teknologi Maklumat dan lain-lain.
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian
- Customer service 1 :0189624322
- Customer service 2 :0182429322
- Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)
Assalamualaikum,
Kalau fakulti perakaunan University mana yg Kerajaan Malaysia iktiraf?
Boleh hubungi dan ws 0189624322. Konsultan dari Daulah Educonsult akan berurusan dengan anda
Assalamualaikum.
Kursus perakauanan peringkat sarjana (S2) universitas di Indonesia mana yg diikhtiraf oleh kerajaan Malaysia?
Waalaikumusalam Tuan, untuk maklumat lanjut boleh hubungi konsultan Daulah Educonsult di talian 018-9624322.