Sebut sahaja Universiti Al-Azhar pastinya ramai yang beranggapan bahawa untuk belajar di universiti ini agak sukar. Sebenarnya anda boleh sambung belajar di universiti ini walaupun anda tidak mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Apakah jalannya?

Kepada anda yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar, tetapi anda tidak mempunyai SPM atau STAM, tidak mengapa. Anda masih boleh memohon dengan cara yang mudah.

Anda perlu mengikuti program Madrasah Daulah terlebih dahulu, iaitu sebuah program bimbingan dan persediaan. Program ini adalah disediakan oleh Daulah Educonsult.

Di Madrasah Daulah, anda akan mempelajari tentang:

  • Tahsinul Qur’an
  • Tahfizul Qur’an
  • Talaqqi Kitab bersama Syeikh
  • Pengajian Bahasa Arab
  • Pengajian Umum
  • Program Study Tour
BACA JUGA :   Rahsia Kebaikan Biji Chia

Selesai program Madrasah Daulah, anda akan menduduki ujian yang akan menentukan anda untuk ke peringkat seterusnya iaitu Dirosah Khossoh dikenali sebagai sekolah rendah dan Maahad Buuth dikenali sebagai Sekolah Menengah Islam Antarabangsa Al-Azhar.

Seterusnya anda boleh menyambung di Universiti Al-Azhar. Akan tetapi, tempoh pengajian di Maahad Buuth boleh disingkatkan bergantung kepada prestasi anda. Ianya dikenali sebagai ‘lompat kelas’.

Di Universiti Al-Azhar, ditawarkan bidang pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam iaitu dalam Usuluddin, Syariah Islamiah dan Bahasa Arab.

Bagaimana untuk mendaftar?

Pendaftaran boleh dilakukan dengan konsultan Daulah Educonsult, anda boleh menghubungi talian berikut:

talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

BACA JUGA :   Jom Ketahui Hala Tuju Pendidikan Selepas SPM Bersama Daulah Educonsult

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here