Nama Ustaz Ebit Lew bukanlah satu nama yang asing di kalangan rakyat Malaysia. Hal ini kerana figura ini terkenal dengan sikapnya yang pemurah, rela berdakwah tanpa kenal erti risiko bahaya terhadap dirinya. Melalui perkongsian di Youtube dan Facebook, Ustaz Ebit Lew menjalankan dakwah di lorong-lorong, kelab malam dan sebagainya yang tidak semua mampu untuk lakukan.
Kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula dari 19 Mac hingga 12 Mei 2020. Kebanyakan rakyat Malaysia tidak dibenarkan untuk keluar bekerja dan hanya dibenarkan untuk bekerja dari rumah. Namun bagaimana dengan nasib segelintir mereka yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang?
Sedar akan hal ini, Ustaz Ebit Lew bersama kumpulan kebajikannya berusaha menyalurkan bantuan kepada golongan yang berkurang bernasib baik ini. Namun, niatnya itu telah disalah erti dan tidak disenangi oleh beberapa pihak. Uztaz Ebit Lew pernah berdepan dengan situasi dikecam dan dimaki sehingga hampir membuatkan beliau berhenti menghulurkan bantuan.
Namun dengan sokongan padu netizen Malaysia, beliau bangkit untuk kekal memberikan bantuan kepada golongan yang kurang bernasib baik ini. Menerusi satu perkongsian di Instagram Ustaz Ebit Lew sendiri, beliau menceritakan rahsia disebalik segala pendapatannya selama ini.
Ayuh teruskan membaca!
Semoga segala kejayaan yang dimiliki dan dikecapi oleh Ustaz Ebit Lew ini memberi inspirasi kepada semua rakyat Malaysia untuk terus menjalankan dakwah dan membantu manusia lain yang kurang bernasib baik. Sesungguhnya, bantu sesama manusia adalah perkara yang disukai oleh Allah. Semoga segala perbuatan baik yang dilakukan oleh sahabat Deenamik diterima dan diberi ganjaran pahala.
Berminat melanjutkan pengajian ke luar negara? Mendaftar Segera Bersama DAULAH EDUCONSULT
Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir, Poland, Rusia, Indonesia, Turki, Bangladesh dan sebagainya. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Farmasi, Pergigian, Gerontologi, Akaun, Kejuruteraan Pesawat, Perniagaan Antarabangsa, Teknologi Maklumat dan lain-lain.
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian
- Customer service 1 :0189624322
- Customer service 2 :0182429322
- Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)