Berdasarkan statistik dari Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), bulan Mac adalah bulan bencana kepada sektor penerbangan berdasarkan permintaan yang jatuh mendadak 52.9 peratus berbanding tahun lepas. Ianya adalah ebrdasarkan kepada permintaan yang diukur daripada penumpang mengikut kilometer (RPK).
Statistik menunjukkan penurunan yang agak tinggi dalam sejarah, sejajar dengan usaha negara untuk memperlahankan wabak COVID-19 dariupada merebak. IATA mewakili 290 syarikat penerbangan yang terdiri daripada 82 peratus trafik udara global.
“Mac merupakan bulan bencana bagi penerbangan. Syarikat penerbangan secara progresif merasakan peningkatan impak daripada penutupan sempadan dan sekatan pergerakan berikutan COVID-19, termasuk di pasaran domestik,” kata Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif IATA, Alexandre de Juniac.
Tambahnya, permintaan berada pada paras sama seperti tahun 2006, namun mereka mempunyai pesawat dan pekerja untuk menggandakannya. Keadaan semakin memburuk ketika April dan kebnayakn isyarat menuju ke arah pemulihan berada dalam skala yang perlahan.
Permintaan penumpang antarabangsa bagi Mac 2020 menguncup 55.8 peratus berbanding Mac 2019. Ia lebih buruk berbanding penurunan 10.3 peratus tahun ke tahun pada Februari. Kapasiti merosot 42.8 peratus dan faktor muatan menjunam 18.4 mat peratusan kepada 62.5 peratus.

Trafik Mac jatuh 65.5 peratus berbanding tahun lepas iaitu melebihi dua kali ganda penurunan 30.7 peratus pada Februari. Keadaan ini menunjukkan syarikat penerbangan Asia Pasifik mendahului penurunan. Kapasiti turun 51.4 peratus dan faktor muatan jatuh 23.4 mata peratusan kepada 57.1 peratus.
Permintaan perjalanan domestik menurun kepada 47.8 peratus pada Mac berbanding Mac tahun lepas dengan peratusan penurunan dua angka di seluruh pasaran. Kapasiti susut 24.5 peratus dan faktor muatan menjunam 26.0 mata peartusan kepada 58.1 peratus.
Semoga wabak COVID-19 ini cepat pergi dan dunia beransur pulih. Jaga kebersihan dan amalkan social distancing walau dimana juga anda berada. Malaysia telah memasuki Perintah Kawalan Pergerakan Fasa Keempat. Kerajaan telah membenarkan dua orang dalam satu keluar untuk keluar membeli barangan kepeluan dan ubatan. Manfaatkanlah sebaiknya.
Sumber dari Bernama