Kerajaan telah mengumumkan perjalanan rentas negeri adalah tidak dibenarkan. Namun ianaya adalah terkecuali dengan tujuan bekerja dan pulang semula ke rumah sendiri selepas terkandas di kampung atau tempat lain.

Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, perjalanan rentas negeri khususnya yang berniat untuk pulang ke kampung adalah tidak dibenarkan. Oleh itu, mereka yang ingin pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri adalah tidak dibenarkan.

Situasi ini secara tidak langsung menjawab spekulasi rakyat Malaysia yang masih bersoal jawab sama ada mereka dibenarkan untuk pulang berhari raya atau tidak.

“Perjalanan rentas negeri untuk balik ke kampung sempena cuti perayaan Aidilifitri, maaf tidak dibenarkan. Buat masa ini, semua sekolah, kolej dan institusi pengajian tinggi masih belum dibuka.”

Beliau membuat kenyataan tersebut di dalam perutusan khas Perdana Menteri sempena Hari Pekerja tempoh hari.

BACA JUGA :   Kursk State Medical University - Pra Perubatan, Perubatan & Gerontologi

Tambah beliau, aktiviti keagamaan seperti perarakan keagamaan, solat Jumaat dan semua aktiviti berjemaah atau berhimpun di masjid, surau dan rumah ibadat juga tidak dibenarkan. majlis sosial, kemasyarakatan dan kebudayaan yang membabitkan perhimpunan ramai seperti kenduri, rumah terbuka, majlis berbuka puasa beramai-ramai, konsert, persembahan kebudayaan, perhimpunan bulanan jabatan kerajaan dan swasta serta semua bentuk majlis perasmian dan perhimpunan adalah tidak dibenarkan.

Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membuka smeula aktiviti ekonomi di seluruh negara. Melalui ini, sebahagian besar daripada aktiviti ekonomi dan sosial akan dibenarkan.

Namun terdapat juga perniagaan yang masih tidak dibenarkan untuk beroperasi. Antaranya ialah anggung wayang, pusat karaoke, pusat refleksologi, pusat hiburan, kelab malam, taman tema, bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, karnival jualan dan semua bentuk persidangan dan pameran.

BACA JUGA :   Guna Gelongsor Ke Pintu Pelepasan Di Changi Airport

Dimana saja anda berada, amalkan penjarakkan sosial dan juga kebersihan diri. Sentiasa pakai topeng muka ketika keluar rumah dan elakkan pergi ke tempat himpunan orang ramai.

BERMINAT MELANJUTKAN PENGAJIAN KE LUAR NEGARA? DAULAH EDUCONSULT BUKA PELUANG BAGI KEMASUKAN BULAN JUN & SEPTEMBER 2020

Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir, Poland, Rusia, Indonesia, Turki, Bangladesh dan sebagainya.  Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Farmasi, Pergigian, Gerontologi, Akaun, Kejuruteraan Pesawat, Perniagaan Antarabangsa, Teknologi Maklumat dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here