Kisah tergempar di Jepun

Zama, Jepun – Polis menahan seorang lelaki susulan penemuan 9 mayat tanpa kepala di sebuah pansapuri di pinggir Tokyo. Mayat-mayat itu dipotong, disiat dan diletakkan di dalam sebuah kotak ais.

mayat tanpa kepala
Penyiasat polis dan pakar makmal kejuruteraan menyiasat sebuah apartmen di Zama, Prefektur Kanagawa, Jepun, pada 31 Oktober 2017, selepas bahagian-bahagian tubuh yang sembilan ditemui disimpan di dalam peti sejuk di sana. Sumber foto: EPA

Pihak polis menahan Takahiro Shiraishi, 27 yang dilaporkan mengaku menyiat daging mayat berkenaan dan membuangnya ke dalam tong sampah. Dia juga meletakkan najis kucing untuk menutup bukti.

Mayat tanpa kepala dipotong di dalam bilik air menggunakan gergaji yang turut ditemui di dalam biliknya.

Tindakan Takahiro sekaligus menimbulkan spekulasi bahawa dia adalah pembunuh bersiri kerana dipercayai membunuh 9 mangsa. Jiran suspek tidak percaya dengan apa yang berlaku kerana perkara ini berlaku dalam kawasan kejiranan mereka sendiri.

Apa Yang Dikatakan Oleh Orang Ramai

Hideaki Hosogaya, 83 mengatakan bahawa tidakan itu adalah tindakan yang sangat kejam. Dia menggunakan gergaji untuk memotong mayat tanpa kepala itu. Semestinya dia adalah seorang yang tidak normal.

BACA JUGA :   Jepun Lancar "Masjid Bergerak" Demi Temasya Olimpik 2020

Perkara ini menarik minat pengguna media sosial di Jepun apabila kes ini digembar-gemburkan. Salah satu pengguna twitter menyebut “sembilan mayat ditemui pada hari Halloween. Manusia lagi menakutkan daripada hantu”.

Ada juga yang mengatakan “ini adalah perkara yang menakutkan pada hari Halloween. Saya rasa saya tidak boleh tahan selama 10 minit dengan mayat-mayat tersebut”.

Mangsa Berkait

Seorang mangsa wanita juga dikatakan berjalan bersama suspek pada Isnin minggu lepas berdasarkan laporan rangkaian televisyen swasta, NHK.

Wanita itu telah hilang sejak 21 September dan abangnya melaporkan kepada pihak polis.

Kenyataan berdasarkan Akhbar Sankei Shimbun mengatakan bahawa seorang lelaki terhidu bau yang tidak menyenangkan di kawasan kediaman tersebut. Dia mengatakan bahawa dia mengingatkan itu adalah bau kumbahan.

BACA JUGA :   Muzium Mi Cawan Di Jepun

Kesimpulannya

mayat tanpa kepala
Pegawai penyiasat membawa beg plastik mengandungi bahan bukti keluar dari rumah lokasi sembilan mayat ditemui. Sumber foto: EPA

Pihak polis menggunakan kanvas biru untuk menutup pandangan di dalam bangunan tersebut yang berada di tingkat dua dan menutup tingkap bilik di mana mayat-mayat itu ditemui.

Pada mulanya, pihak polis menemui dua kepala di dalam sebuah kotak penyejuk di pintu masuk rumah berkenaan sebelum menemui bahagian badan lain.

Berdasarkan laporan rangkaian televisyen swasta, TBS, ketika siasatan dijalankan, kepala semua mayat-mayat itu ditemui di dalam bekas penyejuk di rumah berkenaan.


Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-is viral dari dalam dan luar negara.

Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!

Daulah.com

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here