Sambutan Ramdan dan Aidilfitri adalah berbeza sedikit pada tahun ini berbanding dengan tahun-tahun lepas. Hal ini berikutan arahan kerajaan berkenaan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang sudah dilanjutkan sehingga 4 Jun 2020. Hal ini dilakukan bagi memutuskan rantaian COVID-19 yang boleh menyebabkan kematian.

Disebabkan ramai yang tidak dibenarkan keluar rumah, ramai rakyat Malaysia yang memilih untuk membeli pelbagai barangan secara atas talian. Perdana Menteri juga sudah mengumumkan bahawa tidak akan dibenarkan untuk pulang berhari raya. Oleh itu, ramai diantara mereka yang memilih untuk menggunakan perkhidmatan pos untuk mengepos barang ke kampung halaman atau membelikan pelbagai barangan secara atas talian.

Perkhidmatan Pos Malaysia atau Pos Laju adalah antara perkhidmatan pengeposan yang digunakan oleh rakyat Malaysia. Disebabkan menerima terlalu banyak barangan dari pelanggan, pihak Pos Malaysia telah mengeluarkan satu jadual pengeposan bagi rakyat Malaysia.

BACA JUGA :   Tunku Azizah Tawar Izzue Islam dan Isteri Dapatkan Rawatan IVF

Tarikh akhir bagi menhantar banrangan melalui Pos Laju bagi Semenanjung Malaysia adalah pada 16 Mei manakala bagi Sabah dan Sarawak pula adalah pada 18 Mei. Ianya adalah terhad kepada penghantaran dalam negara sahaja.

Bagi anda yang ingin menghantar kad ucapan hari raya melalui Pos Laju, tarikh akhir adalah pada 20 Mei 2020. Ianya termasuklah bagi Semenanjung Malaysia dan juga Sabah Sarawak.

Jika anda mahu menggunakan perkhidmatan Pos Laju, sila berbuat demikian sebelum tarikh yang ditetapkan. Jika tidak, berkemungkinan besar barang anda akan sampai selepas tibanya hari raya.

Deenamik ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan dan sentiasa jaga kesihatan dan amalkan kebersihan walau dimana sahaja anda berada. Sentiasa patuhi SOP yang ditetapkan sekiranya anda berkunjung ke tempat tumpuan orang ramai.

BACA JUGA :   Sambung Belajar Bidang Perubatan Di Luar Negara Menerusi Daulah Educonsult.

Berminat melanjutkan pengajian ke universiti di luar negara? Mendaftar segera bersama DAULAH EDUCONSULT.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here