Satu ciri baharu telah diperkenalkan oleh Facebook dan Instagram iaitu membantu orang ramai untuk mengirim kad-kad hadiah daripada perniagaan tempatan. Perniagaan tempatan yang dimaksudkan ialah perniagaan di platform media sosial itu dan membelinya menerusi tapak web pihak ketiga yang dipilih.
Facebook sedang menguji satu ciri iaitu orang ramai boleh mengakses kad hadiah tersebut daripada peniaga yang menyertai di bandar mereka. Ianya adalah melalui promosi ‘Support Local Business’ (Sokong Perniagaan Tempatan) di halaman platform itu.
Kad-kad hadiah yang dijayakan menerusi rakan niaga Facebook, Fave dan Storehub itu akan berkongsi nilai kad hadiah tersebut. Ia tidak termasuk yuran urusniaga mereka dengan peniaga yang terlibat.
Manakala di Instagram pula, pemilik perniagaan boleh menambah pelekat kad hadiah ke Instagram stories mereka dan terdapat butang untuk ke halaman profil perniagaan mereka. Setiap kali pelawat melihat Instagram stories dengan adanya pelekat itu, ia memudahkan pelawat untuk melakukan pembelian.
Menurut Pengurus Negara Facebook bagi Malaysia iaitu Nicole Tan menyatakan ciri-ciri baharu itu diperkenalkan adalah bertujuan untuk menyokong perniagaan yang terjejas akibat COVID-19 ini.
Tambah beliau lagi, peniaga turut menyatakan apa yang mereka perlukan sekaligus pihak Facebook ingin membantu mereka dalam mengatasi krisis ini. Selain itu, ia juga dapat kekal berhubung dengan para pelanggan mereka.
Dengan adanya kad hadiah dan baucar diskaun ini, Nicole Tan berharap ianya dapat membantu para peniaga serta orang untuk berkongsi dan menyokong perniagaan tempatan dengan mudah.
Sumber: Astro Awani
Jom sambung belajar di luar negara dengan Daulah Educonsult ! Pelbagai tawaran bidang pengajian yang menarik !
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian
- Customer service 1 :0189624322
- Customer service 2 :0182429322
- Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)